HomeUtamaOrang ramai diingatkan terus jaga kebersihan elak risiko pembiakan nyamuk aedes

Orang ramai diingatkan terus jaga kebersihan elak risiko pembiakan nyamuk aedes

Read Time:1 Minute, 11 Second

Putatan : Orang ramai diingatkan untuk terus menjaga kebersihan kawasan perumahan khususnya dalam dan sekitar rumah bagi memastikan tiada risiko pembiakan nyamuk aedes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, aktiviti pembersihan secara berkala amat digalakkan dan dijayakan dengan kerjasama komuniti setempat.

Beliau turut berharap agar masyarakat khususnya di kawasan yang merekodkan kes demam denggi yang tinggi khususnya di daerah ini untuk lebih proaktif bagi membendung wabak berkenaan.

“Saya juga ingin terus berpesan kepada masyarakat di daerah ini untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab dalam membendung wabak denggi di daerah Putatan kerana pada suku pertama tahun ini, Putatan telah mencatatkan kes denggi agak tinggi iaitu tempat kelima teratas di Sabah.

“Jadi adalah penting bagi masyarakat Putatan terutama penduduk perumahan dan kampung untuk menjaga dan mengawal pembiakan nyamuk Aedes ini yang menjadi punca kepada wabak denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Bertemu Pelanggan dan Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Putatan 2023 di sini hari ini.

Program yang diadakan adalah bagi mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan Klinik Kesihatan Putatan serta memberi kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan di negeri ini.

Dalam pada itu, Ketua Klinik dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Putatam, Dr Nik Farah Nik Yusof Fuad berkata, menerusi program itu pihaknya dapat memberitahu masyarakat tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

“Perkhidmatan kita bukan sekadar memberi rawatan biasa seperti penyakit kronik sahaja tetapi kita ada klinik-klinik khas pelbagai perkhidmatan ekstra seperti rehabilitasi, kaunseling dan pelbagai lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya