Tamparuli : Lagu Kebangsaan, Negaraku dan lagu kebesaran negeri Sabah Tanah Airku menjadi antara tarikan peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 apabila ia dialun dengan irama muzik bambu.
Irama muzik bambu itu telah dialunkan oleh Kumpulan Bamboo Woods Sabah yang dipimpin oleh Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, Shamsul Sabli.
Ketibaan 42 buah kenderaan konvoi diketuai Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa itu disambut Penolong Kanan Pentadbiran, Rusli Semail dan barisan 300 pelajar SMK Tamparuli yang berpakaian motif etnik Sabah.
Pada majlis tersebut, Rusli turut menandatangani buku lawatan konvoi KMJG 2023 sebelum menyempurnakan pelepasan konvoi yang meneruskan perjalanan ke Kiulu.
Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor.