HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot pancing bawa barang kawalan

Maritim Malaysia tahan bot pancing bawa barang kawalan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kudat :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pancing yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot pancing berkenaan ditahan di kedudukan lebih kurang dua batu nautika timur laut muara Marina Kudat sekitar jam 6.10 pagi, semalam.

Katanya, menerusi pemeriksaan yang dilakukan mendapati dua orang lelaki warga Filipina mengendalikan bot berkenaan.

“Kedua-dua individu terbabit berusia lingkungan 30 tahun disyaki mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Pemeriksaan lanjut juga menemui sejumlah barangan yang dikategorikan sebagai barang kawalan dibawa di atas bot berkenaan. Antaranya, 12 tong berisi minyak petrol dianggarkan sebanyak 300 liter, dua kotak minyak masak paket dan 10 tong gas berwarna kuning dengan berat kira-kira 16kg satu tong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, kedua-dua suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai lebih RM100,000 telah dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan, Akta Imigresen 1959/63 kerana kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen.

“Berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya            komuniti          maritim            membantu       pihak   agensi  dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular