HomeSukanLiga Super : Tiket Sabah FC menentang JDT FC 'Sold Out'

Liga Super : Tiket Sabah FC menentang JDT FC ‘Sold Out’

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Aksi perlawanan Liga Super antara Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Stadium Likas Rabu ini terus menjadi tumpuan penyokong skuad Badak apabila tiket yang dijual secara atas talian sejak beberapa hari lalu laris dijual sejak semalam.

Perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook Sabah FC itu turut memaklumkan tiada jualan tiket secara fizikal bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Likas yang mempunyai kapasiti lebih 20,000 penonton itu.

“Untuk pengetahuan, tiket perlawanan menentang JDT pada Rabu ini sudah habis dijual. Tidak ada tiket fizikal akan dikeluarkan,” menurut hantaran di akaun Facebook Sabah FC.

Pertemuan kedua-dua pasukan itu menarik perhatian peminat bola sepak di negeri ini  untuk melihat sama ada skuad Sang Badak mampu mempertahankan Stadium Likas daripada dibolosi JDT.

Kali terakhir JDT bertandang ke gelanggang skuad Sang Badak itu ialah pada aksi Liga Super musim lalu, iaitu pada 15 Julai 2022 yang menyaksikan Sabah tewas tipis 1-2.

Sepanjang aksi Liga Super musim ini, Sabah FC belum pernah tewas ketika menentang lawan di laman sendiri, kecuali hanya seri sekali ketika bertemu Terengganu FC pada 19 Mei lalu.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu kini berada di kedudukan kelima carta liga dengan mengutip 36 mata, jauh ketinggalan berbanding JDT yang berada di puncak liga dengan rekod tanpa kalah atau seri sepanjang aksi Liga Super musim ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Temasya sukan sekolah wadah pupuk budaya bersukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular