HomeIsu tempatanAlumni UMS dipelawa sertai Program Alumni Homecoming

Alumni UMS dipelawa sertai Program Alumni Homecoming

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Para alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipelawa untuk menyertai Program Alumni Homecoming yang akan diadakan pada 6 hingga 8 Oktober depan.

Program yang julung-julung kalinya dianjurkan itu bertujuan untuk membawa para alumni kembali ke UMS dan mengimbau semula memori sepanjang melanjutkan pengajian suatu ketika dahulu.

Pengarah Pusat Alumni UMS, Dr Ariff @ Kamisan Pusiran berkata, program itu juga bagi mengekalkan ikatan silaturahim dalam kalangan alumni dan UMS.

“Program ini bakal menghimpunkan dan sekali gus meraikan para alumni dari dalam dan luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ariff berkata, pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program itu berlangsung.

“Pada hari pertama, aktiviti yang dijalankan ialah permainan bowling bertempat di MyBowl 1Borneo, Hypermall.

“Seterusnya, akan ada dua aktiviti pada hari kedua iaitu UMS Tour dan Alumni Homecoming Dinner, bertempat di Hilton Hotel, Kota Kinabalu.

“Pada hari terakhir program pula, para alumni akan dibawa untuk bermain golf di Nexus Golf Ressort, Karambunai.

“Program itu turut diharapkan mampu membina kerjasama strategik antara alumni dengan alma mater, termasuk antara alumni dengan alumni,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, para alumni UMS boleh mendaftar penyertaan secara atas talian melalui pautan https://bit.ly/RegisterHA2023 atau https://bit.ly/ManualHA2023.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 September 2023. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular