HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan sedia tambah peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN...

DUN Sabah : Kerajaan sedia tambah peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN Sabah

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan bersedia untuk membuat kajian semula untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Tan Lee Fat berkata, kajian semula itu akan dilaksanakan berdasarkan kemampuan kewangan negeri.

Katanya, di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), peruntukan kepada setiap kawasan DUN Kerajaan sejak 2021 telah dinaikkan sebanyak RM 1 juta untuk melaksanakan projek infrastuktur kecil dan Program Sentuhan Kasih.

“Pada tahun 2021, sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan dengan agihan RM700,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM300,000 untuk Program Sentuhan Kasih.

“Manakala pada tahun lalu, peruntukan kepada setiap ADUN Kerajaan telah dinaikkan kepada RM2 juta iaitu dengan agihan RM1,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk Program Sentuhan Kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (PGRS-Nabawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Lee Fat berkata, pada tahun ini, sejumlah RM3 juta telah diperuntukkan kepada setiap ADUN Kerajaan iaitu dengan agihan RM2,500,000 untuk melaksanakan projek infrastruktur kecil dan RM500,000 untuk Program Sentuhan Kasih.

Katanya, peruntukan yang disalurkan itu adalah diselaras dan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.

“Justeru itu, semua Ahli Yang Berhormat diharap memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kawasan yang diwakili membangun dalam pelbagai aspek termasuk tahap ekonomi dan taraf hidup rakyat.

“Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan bersedia membuat kajian semula untuk menambah dana atau peruntukan pembangunan di setiap kawasan DUN berdasarkan kemampuan kewangan negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Industri halal Sabah terus diperkasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular