HomeSukanDUN Sabah : 2,893 usahawan belia di Sabah telah menerima dana SYABAS

DUN Sabah : 2,893 usahawan belia di Sabah telah menerima dana SYABAS

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Seramai 2,893 usahawan belia di Sabah telah menerima dana melalui Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) dan akan diteruskan pada tahun ini selain permohonan akan dibuka tidak lama lagi.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, kementeriannya juga turut menyediakan latihan secara spesifik kepada usahawan-usahawan belia yang memulakan atau mengembangkan kemahiran (skill) mereka dalam bidang seni kreatif jahitan.

Katanya, kementeriannya juga telah menyediakan tujuh Pusat Kelas Seni Kreatif Jahitan yang dijalankan di bangunan Arena-arena Belia di Kota Kinabalu, Papar, Keningau, Sandakan, Ranau, Kudat, dan Beaufort.

“Kelas jahitan ini dikendalikan oleh tujuh orang jurulatih jahitan yang bertauliah. Peserta-perserta kelas ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuk makan minum, peralatan dan kemudahan tempat tinggal.

“Selain itu, kementerian saya juga telah mendapat maklumat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bahawa bilangan syarikat yang diberi Sijil Halal di Sabah adalah sebanyak 510.

“Statistik pensijilan halal yang masih sah bagi negeri Sabah adalah melibatkan skim barang gunaan sebanyak dua syarikat; pengilang kontrak (7 syarikat); premismakanan (398 syarikat); logistik (13 syarikat); produk makanan dan minuman (87 syarikat) dan rumah sembelihan (tiga syarikat),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Fairuz berkata, pihaknya juga telah memohon secara rasmi kepada pihak MUIS untuk memberikan senarai syarikat-syarikat tersebut bagi membolehkan Kementeriannya dapat menyemak dari aspek umur pemilik syarikat-syarikat tersebut.

Katanya, ia termasuklah dengan mengambil kira definisi belia negeri Sabah yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.

“Kementerian saya akan menyampaikan jawapan secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat selepas membuat semakan status umur pemilik-pemilik syarikat tersebut. Saya telah pun memaklumkan kepada Jemaah Menteri Negeri supaya kursus-kursus dan latihan-latihan yang dilaksanakan perlu diselaraskan supaya tidak berlaku pertindihan program antara kementerian atau agensi yang menganjur.

“Saya telah dimaklumkan bahawa tindakan mengenai perkara ini telah pun diambil perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular