HomeUtamaJabatan Perikanan Sabah sentiasa ambil langkah wajar linduingi spesies ikan terancam

Jabatan Perikanan Sabah sentiasa ambil langkah wajar linduingi spesies ikan terancam

Read Time:2 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Perikanan Sabah sentiasa mengambil langkah yang perlu dan wajar dalam melindungi spesies ikan yang terancam melalui penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia termasuklah tidak pernah meluluskan lesen khusus kepada mana-mana vessel untuk menangkap ikan yu (Shark fisheries) seperti berlaku di negara lain.

“Jabatan Perikanan juga telah memasukkan `Larangan aktiviti penyiripan ikan yu’ iaitu pemotongan atau pemilikan sirip ikan yu di atas vessel penangkapan ikan sebagai syarat tambahan lesen dan peralatan ikan sejak 25 Februari 2014.

“Kesalahan dan perlanggaran di bawah Akta Perikanan 1985 (Pengawalan spesies ikan terancam 1999), Seksyen 25(b) boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai penjualan spesies ikan marin yang disyaki merupakan spesies terancam melibatkan Ikan Yu dan Pari yang dijual di pasar ikan disalah satu daerah di Pantai Timur Sabah kelmarin.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, pihaknya juga memandang serius terhadap perkara berkenaan sekiranya terdapat berlaku aktiviti penjualan seperti dilaporkan.

Katanya, di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesies terancam 2008 (Akta 686) denda Perlanggaran bagi Seksyen 10(a), orang perseorangan tidak melebihi RM 100,000 bagi setiap haiwan/spesies atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Seksyen 10(b) “… pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM200 bagi setiap haiwan tetapi tidak melebihi RM2 juta.

“Jabatan Perikanan Sabah dalam melaksanakan Akta Perikanan 1985 dan Akta CITES 2008 sentiasa mengadakan operasi Laut dan Darat,” katanya.

Jeffrey berkata, setakat 7 Ogos lalu, empat daerah di Tawau, sebanyak 117 operasi termasukah di pasar-pasar dijalankan bagi pemantauan penjualan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dan ikan-ikan yang termasuk dilarang penjualannya.

Katanya, sepanjang operasi tersebut sebanyak 50 kes pelbagai kesalahan telah diambil tindakan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Terdahulu, menerusi penelitian awal Jabatan Perikanan Sabah melalui berita dan gambar yang disiarkan dikenalpasti sebagai bamboo Shark (Chiloscyllium punctatum) dan spesies ini tidak dalam senarai sebagai speseis terancam.

Manakala bagi spesies paru tanduk, ianya disahkan bukan dari spesies Mobula birostris atau Mobula alfredi yang tersenarai sebagai spesies terancam sama ada di bawah Akta Perikanan 1985.

“Sebagai makluman, terdapat lebih kurang 10 jenis pari tanduk (devil ray) dari genus Mobula yang disenaraikan sebagai endangered spesies di bawah Akta CITES 2008,” kata Jeffrey lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Patuhi peraturan, pandu dengan baik ketika musim perayaan – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular