HomeUtamaPolis kesan video tular kanak-kanak dikasari penjaga tadika

Polis kesan video tular kanak-kanak dikasari penjaga tadika

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Polis telah mengesan satu rakaman video yang ditularkan semalam (8 Ogos) menunjukkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dikasari oleh seorang penjaga di sebuah tadika di Daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan menerima laporan kes tersebut dari ibu bapa kanak-kanak (mangsa).

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati insiden ini berlaku di sebuah tadika di Luyang, Kota Kinabalu.

“Ibu bapa kepada kanak-kanak (mangsa) tersebut telah dimaklumkan oleh anaknya bahawa beliau telah dikasari oleh penjaganya sehingga mendapat kesakitan di beberapa bahagian tubuhnya.

“Sejurus kemudian ibu bapa
mangsa telah pergi ke tadika tersebut dan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati mangsa telah dikasari oleh salah seorang penjaga di tadika berkenaan lalu membuat report polis di Balai Polis Penampang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, setakat ini pihak polis telah menerima tiga laporan polis iaitu dari ibu mangsa, dari pengusaha tadika dan dari pengasuh (suspek) tadika yang telah mendakwa dikasari oleh bapa mangsa di tadika berkenaan.

Katanya, mangsa dan suspek perempuan berusia 27 tahun itu telah dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan doktor.

“Dua kertas siasatan telah dibuka iaitu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 323 Kanun Kesiksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular