HomeIsu tempatanPusat pengajian warga emas Pertubuhan Dakwahtul Muslimah Sandakan ditubuhkan

Pusat pengajian warga emas Pertubuhan Dakwahtul Muslimah Sandakan ditubuhkan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu :  Pertubuhan Dakwahtul Muslimah Sandakan bakal menubuhkan sebuah Pusat Pengajian Warga Emas di negeri ini.  

Pengerusinya, Aida Royana Abdul Rani berkata, penubuhan pusat tersebut memberi peluang kepada warga emas sekitar untuk mengisi masa terluang dengan mendalami ilmu agama fardu ain dan fardu kifayah.

“Tapak pusat pengajian telah diperolehi melalui lot-lot tanah wakaf dan dalam masa yang sama kami masih mencari dana untuk pembinaan pusat pengajian.

“Sekarang terdapat empat kelas pengajian beroperasi di rumah-rumah wakaf membabitkan lebih kurang 100 peserta berusia antara 40 sehingga 80 tahun,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Aida turut memaklumkan selain aktiviti pendidikan dan dakwah, persatuan yang ditubuhkan pada 2014 itu memiliki hampir 300 orang ahli juga terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan ibu tunggal dan keusahawanan bagi meningkatkan kedudukan ekonomi ahli-ahlinya.

Turut mengadakan kunjungan hormat kepada Toh Puan Norlidah ialah Persatuan Ibu Tunggal Nur Qaseh Kinabatangan diketuai Pengerusinya, Jaliha Mating.

Jaliha memaklumkan persatuan akan menganjurkan Karnival Persatuan Ibu Tunggal pada 19 Ogos ini di perkarangan Pejabat Persatuan Ibu Tunggal Nur Qaseh Kinabatangan.

Beliau mempelawa masyarakat sekitar hadir ke karnival sehari tersebut yang akan mempamerkan pelbagai jualan hasil tangan ahli-ahli persatuan seperti kraftangan, kuih-muih, masakan dan mee basah.

Persatuan Ibu Tunggal Nur Qaseh Kinabatangan ditubuhkan pada 2013 dan mempunyai 756 keahlian merangkumi kawasan Tongod, Sukau serta Lamag.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular