HomeUtamaDUN Sabah: JPS Sabah giat laksana projek tebatan banjir kawasan Putatan

DUN Sabah: JPS Sabah giat laksana projek tebatan banjir kawasan Putatan

Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah ketika ini sedang giat melaksanakan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Kerja-Kerja Menaiktaraf Sungai Putatan dan Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3), di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kemajuan pelaksanaan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 74.043% (sebenar) berbanding 73.846% (jadual) iaitu melebihi 0.197% bersamaan 12 hari kehadapan dan dijadualkan siap pada 31 Disember 2024.

“Antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti Preliminaries and General Items = 96.00%, Bridge = 55.00%, Contiguous Bored Pile = 97.00%, Flood Bund = 49.00%, Retaining Walls = 89.26%, Trapizoidal River Channel = 83.00%, Flood Gate = 58.00%, Outfall Drain = 80.00%, Flow Control Structure = 78.00%, Jetty Kg. Sipanggil = 0.00% and Provisional Sum = 70.00%

“Manakala sebanyak 89 buah struktur termasuk rumah setinggan berada di dalam jajaran projek yang perlu dialihkan atau dirobohkan dan merupakan salah satu halangan dalam perlaksanaan projek ini.

“Jabatan Pengairan dan Saliran telah memohon untuk mendapatkan kelulusan perobohan rumah setinggan yang terlibat didalam jajaran projek kepada Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari mengenai langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kawasan Kampung Tebongon, Kampung Ketiau, Kampung Sailan, Kampung Teguli dan Kampung Ulu Putatan yang akan banjir jika hujan berterusan melebihi dua hingga tiga jam.

Jeffrey berkata, Kementeriannya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dimana kawasan tadahan untuk Kampung Tebongon, Kampung Sailan, Kampung Teguli dan Kampung Ulu Putatan adalah termasuk dalam tadahan Sungai Putatan.

“Justeru, untuk Kampung Ketiau pula, JPS ketika ini sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Ketiau, Putatan Sabah di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

“Kemajuan kerja fizikal di tapak ketika ini adalah sebanyak 8.470% (sebenar) berbanding 8.430% (jadual) iaitu melebihi 0.050% bersamaan 1 hari kehadapan dan dijadualkan siap pada 30 Oktober 2024.

“Antara status kerja yang dilaksanakan adalah seperti Preliminaries and General Items = 71.72%, Environment Protection and Enhancement = 100.00%, Traffic Management Control = 0.00%, Demolition and Site Clearance = 0.00%, Earthworks = 0.00%, Piling Works = 0.00%, R.C Drain Works = 8.82%, R.C Culvert Works = 2.91%, Control Gate = 0.00%, Method Related Charges = 0.00% and Provisional Sum = 3.46%,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 78 buah rumah setinggan berada di dalam jajaran projek yang perlu dialihkan atau dirobohkan dan merupakan salah satu halangan dalam perlaksanaan projek ini.

Oleh itu, katanya, JPS telah memohon dengan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan pembayaran rumah setinggan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementeriannya.

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian ini amat menitik beratkan progres pelaksanaan projek ini dengan memantau dengan rapi kemajuan fizikal dan kewangan projek bagi memastikan manfaat projek ini dalam mengurangkan impak banjir dapat dikecapi oleh rakyat di kawasan yang terlibat.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular