HomeUtamaDUN Sabah : KBS Sabah sentiasa bekerjasama dengan MBS,MPNS sebar luas peluang...

DUN Sabah : KBS Sabah sentiasa bekerjasama dengan MBS,MPNS sebar luas peluang untuk belia

Read Time:1 Minute, 56 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah sentiasa bekerjasama dengan Majlis Belia Sabah (MBS) dan Majlis Perundingan Negeri Sabah (MPNS) dalam mengadakan sesi libat urus bagi menyebar luaskan maklumat mengenai peluang yang boleh diperolehi golongan belia.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia termasuklah yang berkaitan peluang melibatkan pekerjaan, keusahawanan dan kemahiran.

“Suka saya menyatakan di sini bahawa kementerian saya tidak memegang fungsi dalam menyediakan peluang pekerjaan ataupun menjadi ejen pencarian pekerjaan kepada belia yang menggangur.

“Selain daripada itu, kementerian saya sedang menjalankan Progam KBSS Turun Padang : Jelajah Belia di seluruh Sabah termasuk kawasan pedalaman Sabah yang berdomainkan Kesukarelawan, Kesejahteraan Ekonomi, Kesihatan, Kebudayaan dan Kerohanian.

“Melalui program ini pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah sesi Sembang Belia bersama pemimpin dan belia akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (PGRS-Nabawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini,

Ellron berkata, KBS telah memaklumkan kepada para peserta terlibat menerusi program itu dimana kementeriannya ada melaksanakan program-program latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang.

Katanya, antaranya seperti bidang perhotelan, kursus asas didikan dan pendidikan awal kanak-kanak, asas binaan, automotif, kecantikan, kelas seni kreatif jahitan, pertanian dan pemakanan.  

“Selain itu, persatuan-persatuan belia akar umbi juga dimaklumkan bahawa Kementerian saya ada menyediakan geran berjumlah RM5,000 kepada setiap persatuan yang memohon geran untuk mereka laksanakan program ataupun aktiviti yang dirancang.

“Persatuan yang layak dipertimbangkan untuk kelulusan geran ini hendaklah mempunyai dokumen yang sah antaranya seperti Surat Permohonan Persatuan/ Kelab Belia; Sokongan Daripada Pegawai pengelola KBSS Bahagian / Daerah; Salinan Sijil pendaftaran Yang Sah; Laporan Mesyuarat Agung Tahunan / Penyata Kewangan Tahunan (Audit / Senarai AJK terkini / Ahli biasa) dan Kertas kerja Cadangan Aktiviti / Program,” katanya.

Katanya, selain itu, persatuan layak juga perlu mempunyai Penyata Akaun Bank Persatuan / Kelab (Terkini); Borang Pengesahan Akaun Bank (Lampiran C); Laporan Pelaksanaan Geran Program terdahulu; dan Surat Pengakuterimaan Maklumat Yang Kena Beri (MYKD) Tahun Terkini.

“Kementerian saya juga memberi bantuan berupa dana yang dikenali Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) kepada usahawan belia yang berumur 18 hingga 40 tahun serta memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

“Dana ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dan jumlah penerima bantuan setakat ini adalah seramai 2,893 orang. Bantuan skim ini akan diteruskan pada tahun ini dan permohonan akan dibuka tidak lama lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular