HomeUtamaSabah Selaras Bawa Pulang Jenazah tiga Mangsa Disambar Petir Di Sepang

Sabah Selaras Bawa Pulang Jenazah tiga Mangsa Disambar Petir Di Sepang

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur (PPNSKL) sedang menyelaraskan urusan membawa pulang jenazah tiga lelaki berasal dari Semporna yang maut dipercayai disambar petir di Sepang, Selangor, pada 9 November.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi PPNSKL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung urusan berkenaan.

“Pihak PPNSKL memaklumkan bahawa urusan membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke Sabah sedang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri melalui PPNSKL, setelah semua prosedur berkaitan diselesaikan,” katanya dalam satu hataran di laman facebooknya malam tadi.

Beliau turut mendoakan agar segala urusan pengurusan dan penghantaran pulang ketiga-tiga jenazah dipermudahkan.

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang di Bandar Baru Salak Tinggi itu, tiga mangsa yang terkorban ialah dua beradik, Mohamad Ahzam Marusin, 16, dan Mohd Sahrif, 26, serta sepupu mereka, Mohammad Safwan Aksan, 18, menurut laporan Bernama.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai disambar petir ketika berteduh di bawah sebatang pokok selepas membaiki sebuah kenderaan berhampiran.

Jenazah ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua pelancong China antara tiga cedera dalam perlanggaran bot di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular