HomeUtamaPenunggang motosikal maut terbabas dalam parit

Penunggang motosikal maut terbabas dalam parit

Read Time:41 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit berbatu di Jalan Sapulut-Tambunan, berhampiran Kampung Notorus, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni menerusi talian 019-809 5133 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Sammy menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mengawal kelajuan kenderaan dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

RELATED ARTICLES
Utama

NRES peruntuk RM600,000 perkasa infrastuktur, kemahiran belia di Nabawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular