HomeIsu tempatanCubaan seludup barangan kosmetik bernilai lebih RM26,000 berjaya dipatahkan

Cubaan seludup barangan kosmetik bernilai lebih RM26,000 berjaya dipatahkan

Read Time:1 Minute, 37 Second

Semporna : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk barangan kosmetik yang dianggarkan bernilai lebih RM26,000 di Perairan Utara Pulau Gaya, Semporna sekitar pukul 1.55 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan di Utara Pulau Gaya, Semporna.

Katanya, ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah kawasan perkampungan di sekitar Pulau Gaya, Semporna.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak yang mengandungi barangan kosmetik pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan sekitar daerah Semporna.

“Berikutan penemuan berkenaan, Zon Maritim Semporna akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan serta menjejak suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan di daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Amir berkata, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 di bawah seksyen 135 (1) (a) atas kesalahan terlibat dalam mengimport atau mengeksport apa-apa barangan tidak berkastam atau apaapa barangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barangan tak berkastam atau barang larangan itu dikapalkan untuk diturunkan dari kapal dihantar serah.

Katanya,  individu yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan itu atau RM50,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan hot spots terutamanya sekitar sempadan perairan negara untuk membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

“Maritim Malaysia turut menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Deklamasi puisi akan diadakan pada Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular