HomeIsu tempatanJKNS anjur Program SGB Challenge Peringkat Negeri Sabah 2023

JKNS anjur Program SGB Challenge Peringkat Negeri Sabah 2023

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Keracunan makanan merupakan satu masalah besar yang melanda sekolah-sekolah di seluruh negara.

Justeru dalam usaha menangani isu ini, satu platform bagi mendidik para pelajar mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan melalui cara yang lebih interaktif selaras dengan perkembangan semasa telah diadakan satu aktiviti dikenali sebagai Program Skuad Germ Buster Challenge (SGB Challenge).

Program peringkat negeri anjuran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah berlangsung pada 10 Ogos lalu dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kauluan, Kundasang sebagai tuan rumah.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Sitti Aralas berkata pelaksanaan program pada kali ini yang melibatkan dua komponen aktiviti iaitu Pertandingan Explorace dan Science Show Talk bertemakan kebersihan dan keselamatan makanan amat penting dalam usaha untuk mengaplikasikan konsep Lihat, Hidu, Rasa sebagai amalan yang berterusan bermula sejak mereka dari kecil lagi.

“Selain itu, kita juga merasa teruja dengan bakat yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam Pertandingan Mencipta & Deklamasi Sajak sempena World Food Safety Day yang turut diadakan bersekali dengan program ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Program Skuad Germ Buster Challenge Peringkat Negeri Sabah 2023.

Majlis penutupan ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Kauluan , Ramlee Ambu, Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid PPD Ranau, Nonja Keh, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran , Dr Noraziah Bakri dan Pegawai Kesihatan Pentadbir Daerah Ranau , Dr.Fiona Vincent Bazini.

Penyertaan program kali ini melibatkan 10 buah sekolah terdiri dari 74 peserta iaitu murid-murid dari SK Kauluan, SK Kundasang, SK Pinausok, SK Mesilou, SK Bundu Tuhan, SK Kinasaraban, SK Pahu Himbaan, SK Tudan, SK Pekan Ranau dan SRK Don Bosco.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 15,000 dijangka meriahkan FPTA 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular