HomePendapatPRN15: Anak muda tidak minat politik sedia ada - Rizwan

PRN15: Anak muda tidak minat politik sedia ada – Rizwan

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR: Melihat dari peratusan yang datang mengundi cuma seramai lebih kurang 66 peratus pada Pilihanraya Negeri kali ini, kata penganalisis ekonomi Rizwan Ramalan. 

Katanya, walaupun negeri Kelantan dengan sentimen Islam yang terkuat dan majoriti terbesar penduduk Melayu/Islam berserta slogan “Undi PAS akan masuk Syurga, Undi selain PAS ke Neraka.” tetap tidak mampu menarik perhatian lebih dari 30 peratus rakyat untuk keluar mengundi.

“Bagi saya yang ramai tidak keluar mengundi ini adalah anak muda. Kalau pun mereka keluar mengundi, bukan kerana mereka faham, tapi kerana mereka cuma akur dengan tuntutan dari ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rizwan, anak muda sebenarnya mempunyai pandangan berbeza tentang politik sedia ada. Mereka melihat kesan yang tidak membina dari kaedah berpolitik yang cuma sentimen semata mata.

“Anak muda inginkan prestasi dari pemimpin, bukan cakap cakap kosong sepertinya segala nilai Islam itu cuma habis sekadar dalam perbualan bukan tindakan dari pemimpin.

“Itu terbukti selama lebih 20 tahun kami menyaksikan muka muka yang sama yang berada di takuk kepimpinan yang kurang kesedaran terhadap isu ekonomi, survivaliti dan masa depan anak muda.

“Sepertinya segala pergerakan, pergolakan, percakapan cuma “olok-olok” semata mata dan hanya untuk kepentingan peribadi. Natijahnya, rakyat yang makin sengsara apatah lagi anak muda yang terpaksa menghadapi krisis sara hidup yang semakin menekan dengan kos harga barang dan kenaikkan faedah tanpa henti.

“Apakah erti semua ini ? Bagi anak muda, ianya cuma buang masa seperti menonton drama bersiri namun di berita utama. Hangat dan sensasi tapi cuma hiburan semata mata,” katanya.

Tambah beliau, jika benar ingin berpolitik, tukar kaedah dan sistem sedia ada. Pertingkatkan kejernihan, ketepatan dan perlaksanaan. Semua ini boleh dicapai dengan menguatkuasakan teknologi.

“Contohi bagaimana Presiden Indonesia Jokowi melantik Nadiem Makarim (Founder GoJek) sebagai Menteri yang menjaga portfolio Pendidikan, Budaya dan Kajian serta Teknologi. Bukan itu saja, malah juga melantik Eric Thohir dari Astra Group sebagai Menteri.

“Orang yang sudah sukses di lapangan bukan hanya berteori seperti pakar atau petah bercakap seperti politikus.

“Fokus lah pada pembangunan ekonomi tempatan. Hentikan drama yang tiada faedahnya. Demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular