HomePendapatPembangunan modal insan negara wajar diteliti bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi

Pembangunan modal insan negara wajar diteliti bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi

Read Time:5 Minute, 53 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN
12 Ogos 2023

1.         Baru-baru ini isu calon SPM hangat di bincangkan, ekoran laporan bahawa ramai calon telah tidak menduduki peperiksaan SPM 2022. Ketika Sidang Dewan Rakyat pada Jun 2023, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia telah menyatakan bahawa data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan bahawa seramai 29,663 (7%) calon telah tidak menduduki SPM 2022, daripada jumlah keseluruhan 407,637 calon berdaftar.

2.         Isu calon SPM tersebut wajar di teliti bersama dengan isu lepasan SPM yang tidak melanjutkan pengajian. Menteri Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa data KPM menunjukkan ratusan ribu lepasan SPM telah tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi:  lepasan SPM 2020 (35.16%, 115,939 orang) dan lepasan SPM 2021 (48.74%, 180,680 orang).

Malah laporan media menganggarkan seramai 458,000 lepasan SPM telah tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun sejak 2020. Ini adalah satu angka yang sangat besar!

3.         Kedua-dua isu berkenaan mungkin melibatkan pelbagai faktor pelajar dan sekolah, termasuklah – kemiskinan, masalah keluarga, masalah disiplin, sudah bekerja, sudah tiada minat untuk belajar, kualiti perguruan, infrastruktur sekolah dan kurikulum pembelajaran. Apa jua faktor yang terlibat, kedua-dua isu berkenaan menuntut perhatian serius serta penyelesaian segera.

4.         Setiap tahun, sektor pendidikan mendapat peruntukkan yang besar untuk membina modal insan yang dapat mendokong agenda pembangunan sosio-ekonomi negara. Di bawah Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima peruntukkan sebanyak RM 55.2 billion, meningkat sebanyak RM 2.6 billion (4.9%) dari Belanjawan 2022 (RM 52.6 billion).

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula di beri peruntukkan sebanyak RM 15.3 billion, meningkat sebanyak RM 0.8 billion (5.5%) berbanding RM 14.5 billion untuk Belanjawan 2022.

5.         Tambahan lagi, peruntukkan sebanyak RM 6.7 billion di sediakan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan RM180 juta untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

6.         Namun begitu, tahap pendidikan dan kemahiran pekerja Malaysia masih rendah, dan akan kekal rendah tanpa tindakan intervensi yang efektif dan mapan dari Kerajaan Malaysia.

7.         Menurut Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Tahun Pertama 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pencapaian pendidikan penduduk bekerja di Malaysia adalah: pendidikan menengah (56.6%, 9.09 juta orang), pendidikan tertiari (31.7%, 5.09 juta orang) dan pendidikan rendah (9.0%, 1.43 juta orang).

Ini bermakna majoriti (65.6%, 10.52 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja hanyalah memiliki pendidikan rendah dan menengah.

8.         Manakala, tahap kemahiran penduduk bekerja pula adalah: separuh mahir (59.3%, 9.52 juta orang), pekerja mahir (27.9%, 4.49 juta orang) dan berkemahiran rendah (12.8%, 2.06 juta orang).

Ini bermakna pekerja separuh mahir dan berkemahiran rendah merangkumi 72.1% (11.58 juta orang) penduduk Malaysia yang bekerja.

Malah, dari Suku Tahun Ke-4 2022, penduduk bekerja separuh mahir telah meningkat sebanyak 0.5% (44.4 ribu orang), dan kategori berkemahiran rendah bertambah sebanyak 2.0% (40.1 ribu orang). Pekerja mahir pula merekodkan peningkatan sebanyak 0.8% (35.8 ribu orang).

9.         Oleh kerana itu, kekurangan tenaga kerja mahir sudah menjadi isu genting yang di hadapi oleh majikan. Sebagai contoh. Pada Ogos 2022, Pengerusi Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA) menyatakan bahawa Pulau Pinang ketika itu menghadapi kekurangan 50,000 jurutera untuk mendokong pertumbuhan pesat industri semikonduktor.

10.       Presiden Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) pula menyatakan bahawa majikan menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerja, terutamanya jurutera, dan mengalami kadar pusing-ganti/ turnover pekerja yang tinggi (melebihi 10%). Menurut beliau, ini di sebabkan oleh jumlah pelajar jurusan sains dan kejuruteraan yang semakin menurun serta kehilangan pekerja Malaysia kepada negara-negara lain.

11.       Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan Malaysia telah mensasarkan 35% tenaga kerja mahir menjelang 2030, berbanding 27.9% ketika ini. Malah, menurut Presiden Malaysia Board of Technologists (MBOT), Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia perlu mewujudkan dua juta pekerjaan kemahiran tinggi untuk menyamai tahap purata negara-negara Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).          

12.       Di samping itu, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melaksanakan latihan semula (re-skilling).

13.       Beberapa minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan kerangka ekonomi baru iaitu, Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat. Kerangka Ekonomi Madani tersebut mengariskan dua fokus utama: menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

14.       Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan fasa pertama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), dengan 10 inisiatif pemangkin utama yang akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM 435 billion hingga RM1.85 trillion menjelang 2050. Di bawah fasa pertama NETR, jumlah pelaburan komited bernilai RM 25 billion di jangka akan mewujudkan kira-kira 23,000 pekerjaan berimpak tinggi.

15.       Pada masa yang sama, Malaysia telah menerima pelbagai pelaburan teknologi tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir. Sebagai contoh. Amazon Web Services (AWS) telah mengumumkan pelaburan sejumlah RM 25.5 billion di Malaysia sehingga 2037. Syarikat kereta elektrik Tesla sudah pun membuka pejabat di Cyberjaya.

16.       Justeru itu, pelaksanaan pembangunan modal insan negara di semua peringkat dan aspek wajar di teliti semula untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi. Ini termasuklah – infrastruktur fizikal, kurikulum pembelajaran dan latihan, kualiti pengajaran, dana kewangan, dan hubungan dengan industri, di pelbagai peringkat sekolah, kolej, universiti dan pusat pembelajaran sepanjang hayat/ life-long learning.

17.       Agenda modal insan negara mesti mengutamakan dua pendekatan iaitu: menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang di kehendaki oleh industri, dan meningkatkan ilmu dan kemahiran pekerja yang sudah berada di dalam industri.

Ini hanya dapat di capai jika semua pemegang taruh bekerjasama erat dan tidak bekerja secara sendirian/ work in silos.

18.       Adalah sukar untuk Malaysia mencapai sasaran 35% tenaga kerja mahir dalam tempoh masa 7 tahun sekiranya isu-isu berkaitan seperti – calon SPM tidak menduduki peperiksaan, lepasan SPM tidak melanjutkan pengajian, kehilangan pekerja kepada negara lain/ brain drain, tidak di tangani secara efektif dan menyeluruh.

19.       Apa yang pasti, sekiranya Malaysia gagal mencapai sasaran tersebut, agenda pembangunan sosio-ekonomi negara akan terbantut. Kemakmuran ekonomi tidak akan tercapai. Pemerkasaan rakyat tidak akan berjaya.

20.       Let’s take the introduction of Ekonomi Madani to re-invent the wheel to future-proof Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya