HomeUtamaKerajaan Persekutuan Diminta Bantu Pekerja Yang Berulang Alik Sabah - Labuan

Kerajaan Persekutuan Diminta Bantu Pekerja Yang Berulang Alik Sabah – Labuan

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta untuk membantu mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi penduduk Sabah yang sering berulang alik ke Wilayah Persekutuan Labuan bagi atas urusan kerja.

Presiden Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) Yahya Ahmad berkata, hampir 100 penduduk negeri ini yang bekerja sebagai kakitangan awam dan swasta berdepan pelbagai masalah khususnya ketika peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ketika ini Labuan sudah memasuki PPN Fasa keempat manakala Sabah kekal pada fasa kedua dan sudah pasti prosedur operasi standard (SOP) adalah berbeza. Pihak kami menerima pelbagai aduan dan rungutan berhubung perkara ini.

“Saya difahamkan juga Pengarah Kesihatan Labuan juga mahu SOP diperketatkan untuk memastikan Labuan mencapai sifar COVID-19. Dengan peralihan fasa ini, mereka akan menghadapi masalah bebanan berganda selain menanggung kos ujian calitan COVID-19 sendiri setiap kali hendak masuk ke Labuan,” katanya.

Yahya berkata, pihaknya turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi pekerja terbabit dan menggesa agar Pengarah Kesihatan Labuan dapat mempertimbangkan dan perlu membantu memudahcara seperti ujian calitan COVID-19 secara percuma di klinik atau hospital kerajaan.

Katanya, pihaknya juga mahu tempoh wajib ujian calitan COVID-19 itu dijarakkan dalam tempoh dua minggu sekali dan kemudian kuarantin mereka perlu ada pendekatan mudahcara.

“Saya difahamkan, 100 orang pekerja ini sudahpun mendapat dua dos vaksin lengkap maka dengan menjaga SOP setiap masa iaitu pergerakan masuk dan keluar rasanya tidak menjadi masalah tentu mereka faham moral tuntutan tanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Yahya berkata, kesemua pekerja ini juga rata-rata tidak mempunyai rumah sendiri di Labuan selain hanya akan berulang-alik ke Sabah.

Katanya, rata-rata pekerja yang bekerja di Labuan adalah berasal dari Menumbok; Beaufort; Kuala Penyu dan Membakut.

“Saya berharap agar jasa baik kerajaan persekutuan khususnya Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan campur tangan dalam menangani masalah tersebut supaya dapat diselesaikan dengan segera,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

1 COMMENT

  1. pegwai kerajaan dari sabah yg bekerja di labuan mendapat elaun perumahan wilayah sebnyak rm730. tujuan epw tu untuk pegawai terbabit menyewa rumah di labuan. sangatlah tidak adil bagi pegwai2 lain dari sabah yg menyewa rumah dilabuan berbanding dengan pegawai dari sabah yang berulang alik dari labuan ke sabah. sepatutnya penaung presbah menyiasat dan mencari maklumat punca kenapa pegawai terbabit berulang alik dari sabah ke labuan. Tiada isu dalam hal ini dan tidak boleh dipersalahkan bahagian kesihatan labuan dimana sop kemasukkan diperketatkan. Sepatutnya pegwai yang berulang alik kena fikirkan kesihatan rakyat pulau labuan dimana risiko jangkitan covid terutama varians delta, mu, dan lambada boleh masuk sekiranya tidak dikawal dengan baik walaupun telah disuntik lengkap dos vaksin. Cara yang terbaik berbincang dengan jabatan perkhidmatan awam sabah mengambil semua pegawai awam dari sabah berkhidmat disabah kerana sabah sebuah negeri yang besar berbanding dengan pulau labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya