HomeUtamaPeniaga dan penjaja diseru manfaatkan teknologi digital - Ellron

Peniaga dan penjaja diseru manfaatkan teknologi digital – Ellron

Read Time:1 Minute, 25 Second

SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin menyeru kepada para peniaga dan penjaja kecil di daerah ini supaya memanfaatkan teknologi digital dalam urusan perniagaan mereka.

Katanya, menerusi kaedah teknologi digital dalam sesebuah perniagaan, mereka boleh berniaga secara dalam talian iaitu berniaga langsung dari rumah tanpa bersemuka dengan pembeli.

Menurut Ellron, kunjungan hormat daripada pihak Telekom baru-baru ini ke Pejabat Daerah Kecil Sook adalah antara usaha permulaan pihaknya untuk memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada para peniaga dan penjaja kecil di Sook.

“Pihak Telekom kini telah merangka dan merancang bagi memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada mereka yang berminat serta peniaga dan penjaja di kawasan Sook,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan Mesyuarat Agung dan Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Daerah Sook (PPPKBS) dan Penyampaian Kerusi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan membuat pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PPPKBS bersama-sama agensi yang terlibat mengenai hasrat tersebut dan yakin ia akan dapat direalisasikan dengan kerjasama PPPKBS.

“Perkara ini perlu disambut baik oleh anda semua, ianya bukan sahaja membantu meningkatkan imej perniagaan anda tetapi secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan anda ke seluruh dunia,” ujarnya.

Di samping itu beliau juga turut menyentuh perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan telah membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada para peniaga dan penjaja kecil di kawasan Sook memandangkan pekan Sook bakal menjadi titik penting pertemuan kelak.

Katanya, para peniaga dan penjaja digalakkan untuk mempelbagaikan usaha mereka bagi menarik pelancong dari negara jiran tersebut apabila singgah di pekan Sook nanti.

Terdahulu pada majlis sama, beliau telah menyampaikan sumbangan 100 buah kerusi kepada PPPKBS yang diterima oleh Rusinin dan menyerahkan 255 sijil lesen perniagaan kepada ahli persatuan tersebut.

Untuk rekod seramai 332 orang ahli berdaftar dibawah PPPKBS.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya