HomeUtamaBerganding bahu cegah jenayah syariah - Jahid

Berganding bahu cegah jenayah syariah – Jahid

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli: Masyarakat khususnya di daerah ini digesa untuk mempersiapkan diri bagi mencegah aktiviti jenayah syariah yang semakin meningkat selain akan memberi kesan kepada aktiviti harian serta perkembangan sosial.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, terdapat tiga konsep penting bagi membentuk strategi pencegahan jenayah syariah yang lebih berkesan.

“Ini termasuklah menerusi kaedah pencegahan awal; kaedah pengawalan berdepan dengan jenayah dan kaedah pengurangan jenayah.

“Strategi pencegahan jenayah yang efektif memerlukan kesediaan dan keperihatinan masyarakat bagi memahami risiko jenayah dan membangunkan rangka kerja dan pelan tindakan sebagai langkah awal pencegahan terhadap kes-kes jenayah

“Selain itu sikap keperhatinan masyarakat sekeliling terhadap jenayah syariah perlu dibentuk dari benih institusi kekeluargaan di rumah yang dibawa keluar kepada komuniti kejiranan dan seterusnya kepada semua masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Dialog Cegah Jenayah Syariah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi peringkat Daerah Kecil Tamparuli dan Kiulu 2023 di sini hari ini.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, pihak berkuasa juga berperanan penting di dalam memastikan penambahbaikan akta atau penggubalan undang-undang yang sedia ada dalam memberikan kesan yang positif selain mencapai objektif yang diingini.

Justeru katanya, semua pihak diseru untuk berganding bahu bersama-sama menjayakan program seumpama itu disamping pihak berkuasa perlu berkerjasama dengan masyarakat dalam memberikan nasihat dan menyusun strategi pencegahan jenayah syariah.

“Ini termasuklah memberi didikan dan kesedaran yang luas kepada semua lapisan masyarakat supaya mereka memahami prinsip-prinsip asas pencegahan jenayah syariah

“Selain itu memperbanyakan persatuan-persatuan penduduk dan persatuan yang sedia ada dan persatuan digalakkan bertukar- tukar pengalaman dan amalan di tempat masing-masing dan menggalakkan aktiviti dan program pencegahan jenayah yang tersusun dan bersekala untuk di segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Selain itu, Jahid berkata, kempen-kempen kesedaran juga perlu dipergiatkan selain aktiviti pencegahan jenayah syariah melalui badan masjid dan surau serta pertubuhan NGO yang lain serta menilai semula proses dan hasil aktiviti dan program yang telah dijalankan selama ini dan memperbaiki dari masa kesemasa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya