HomeUtamaJANS potong 34 sambungan paip air haram di Kg Suang Parai

JANS potong 34 sambungan paip air haram di Kg Suang Parai

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah bertindak memotong 34 sambungan paip bekalan air bersih yang dipasang secara haram di Kampung Suang Parai, di sini, hari ini.

Pengarah JANS, Baharom Sogon berkata, 12 pam air dan beberapa meter paip dirampas dalam satu operasi pada jam 3 petang tadi (9 Mac).

Katanya, sambungan haram itu dibuat daripada paip air utama yang membekalkan air kepada penduduk yang membayar bil air tetapi malangnya ramai daripada mereka tidak dapat menikmati kemudahan itu kerana sambungan haram tersebut, malah kegiatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu juga menyebabkan tekanan air rendah ke banyak kawasan sekitarnya.

Penguatkuasa JANS memotong sambungan paip haram dari paip utama bekalan air di Kampung Suang Parai petang tadi.

Baharom berkata, penyambungan paip air haram adalah salah satu penyebab tekanan air rendah dan kadar kehilangan air yang direkodkan oleh jabatan itu adalah sekitar 38 peratus disumbang berpunca daripada penyambungan haram itu.

Menurutnya, sungguhpun jabatan itu pernah menjalankan operasi serupa sebelum ini, namun masalah penyambungan air haram seperti itu masih berterusan kerana kebanyakan kawasan didiami penduduk sama ada setinggan haram atau di bawah tanah rizab negeri.

“Kediaman yang tinggal berhampiran kawasan itu adalah yang paling terjejas dengan tekanan air rendah untuk sampai ke rumah mereka.

Justeru, operasi serupa akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengekang penyambungan air secara haram,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada Jabatan Air sekiranya terjumpa sebarang penyambungan haram bekalan air berhampiran kawasan mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya