HomeUtamaMATTA teroka pasaran pelancongan Eropah

MATTA teroka pasaran pelancongan Eropah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Berlin : Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Eropah di sini baru-baru ini.

MoU yang ditandatangani Presiden MATTA Datuk Tan Kok Liang bersama tiga persatuan agensi lain itu menandakan tahap baharu kerjasama antara pihak berkepentingan pelancongan Malaysia dan rakan Eropah mereka.

Tiga wakil persatuan Eropah itu ialah Presiden Persatuan Industri Pelancongan Finland (SMAL) Anne Marjut; Presiden Dewan Pelancongan Poland (PIT) Pawel Niewiadomski dan Presiden Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan Estonia (ETFL) Kulli Karing.

Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan Duta Besar Malaysia ke Republik Jerman H.E. Dr Adina Kamarudin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Mohd Yusrie Abdullah.

Terdahulu, Christina berkata, pihaknya memuji inisiatif yang dilaksanakan MATTA dalam meneroka pasaran pelancongan Eropah dan membuka jalan kepada lebih ramai orang Eropah untuk melawat Sabah khususnya.

“Kami menantikan peningkatan jumlah pelancong dan pelawat dari Finland, Poland dan Estonia,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata, MoU itu akan meletakkan pelancongan mampan sebagai pusat pertumbuhan masa depan selain akan memberi tumpuan kepada meningkatkan kesedaran pengguna terhadap Malaysia sebagai destinasi percutian yang selamat dan menarik.

“Perjanjian dengan persatuan agensi pelancongan global ini membina dan memperdalam kerjasama sedia ada antara organisasi untuk terus menjurus ke arah memulihkan perjalanan kepada pengguna.

“Saya teruja dengan prospek untuk bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan Eropah kami untuk mengembangkan lagi potensi perjalanan masuk ke Malaysia.

 “Kami akan membangunkan strategi pemasaran dan komunikasi baharu untuk memenuhi permintaan bagi produk pelancongan bernilai tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Sahkan Tahan 2 individu Cuba Ceroboh Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular