HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Terus Rekod 'Trend' Penurunan

COVID-19 : Sabah Terus Rekod ‘Trend’ Penurunan

Read Time:2 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sabah meneruskan trend penurunan kes harian dengan mencatatkan kes baharu sebanyak 504 kes hari ini iaitu angka terendah direkodkan sejak 22 Julai lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan kes jangkitan itu membabitkan jumlah sebanyak 135 kes berbanding 639 kes semalam.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan kes, lapan daerah mencatatkan peningkatan dan empat daerah lagi mengekalkan catatan sebagaimana semalam.

“Hanya satu sahaja daerah yang mencatatkan peningkatan dua angka iaitu daerah Tongod dengan penambahan 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah-daerah yang mencatatkan penurunan kes dua angka ialah Kota Belud -30 kes, Ranau -28 kes, Kota Kinabalu -20 kes, Kudat -17 kes, Putatan -14 kes, Sipitang -13 kes dan Keningau -10 kes.

Katanya, tiada daerah yang merekodkan kes tiga angka dan kes tertinggi pada hari ini direkodkan di Kota Kinabalu dengan catatan 60 kes manakala daerah-daerah lain turut mencatatkan kes baharu dibawah paras 50 kes.

“Daripada 504 kes yang dicatat hari ini, 198 kes atau 39.29 peratus merupakan kes Saringan Bergejala atau kes-kes yang berlaku secara sporadik. Siapa yang menjangkiti dan tempat jangkitan berlaku sukar dikenal-pasti.

“Yang pasti ia satu petanda virus COVID-19 sudah berada dalam masyarakat secara berleluasa dan risiko jangkitan semakin tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak 291 kes atau 57.7 peratus yang direkodkan hari ini adalah kes yang berlaku sepanjang 24 jam yang lalu.

Katanya, selebihnya adalah kes-kes lama yang lewat daftar dua hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui namun hanya satu kes yang didaftar lewat melebihi lima hari.

“Daripada keseluruhan kes hari ini, 92.06 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, manakala enam kes dalam Kategori 3, tiga kes Kategori 4 dan dua kes dalam Kategori 5, dengan 29 kes lagi masih dalam penilaian pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Sungguhpun trend penurunan kes harian agak memberangsangkan tetapi kita belum memenangi peperangan melawan pandemik COVID-19 ini.

“Seperti yang diramalkan sebelum ini, kita berada dalam trend “yo-yo”, sekejap turun dan sekejap naik. Sikap kita sendiri yang akan menentukan bagaimana trend akan datang ditentukan,” katanya.

Tambahnya, pematuhan kepada semua prosedur operasi standard (SOP) secara total dan konsisten adalah benteng utama menghindar jangkitan virus ini.

“Memperolehi vaksin yang lengkap bukan sahaja meninggikan imuniti badan kita tetapi dapat mengurangkan risiko jangkitan dan memastikan kita terhindar daripada kesan teruk virus COVID-19 sekiranya dijangkiti.

“Vaksin boleh menyelamatkan kita dan ahli keluarga kita daripada kematian akibat sakit jangkitan virus COVID-19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya