Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif untuk membangun infrastruktur telekomunikasi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bahagian pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah diberi hak eksklusif untuk menerajui pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan perjanjian yang ditandatangani pada Isnin, bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menandatangani perjanjian itu
bagi pihak kerajaan negeri manakala Qhazanah Sabah diwakili oleh Ghazallie Ansing yang juga
Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) iaitu anak syarikat milik penuh Qhazanah.

Hajiji berkata dengan perkembangan ini, kerajaan negeri menyasarkan untuk mengatasi masalah kekangan sambungan internet dengan kemudahan telekomunikasi yang sangat diperlukan, terutama sekali di kawasan luar bandar.

Katanya, melalui CTTSB, kerajaan negeri akan menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan sebanyak 400 yang baru di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Manakala, CTTSB adalah salah satu pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia.

Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Rusdin Riman, Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah, Mohd Shukor Abdul Mumin, Ketua Pegawai Eksekutif Qhazanah Sabah, Ahmad Rizal Dahli dan Ketua Pegawai Eksekutif CTTSB, Mikail Sungiau Abdullah.

One thought on “Qhazanah Sabah mendapat hak eksklusif untuk membangun infrastruktur telekomunikasi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *