Foodbank Fasa 3 di 24 buah masjid dalam DUN Lumadan beroperasi sepenuhnya

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Inisiatif melancarkan Foodbank fasa 3 di 24 buah masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dekat sini, telah beroperasi sepenuhnya untuk mereka yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ini merupakan fasa ke-3 pembukaan Food Bank di dalam kawasan DUN Lumadan, sehingga kini sebanyak 24 buah masjid dalam kawasan DUN Lumadan, Food Bank ini telah beroperasi sepenuhnya.

“Dalam kawasan DUN Lumadan ini mempunyai sebanyak 32 buah masjid dan baki sebanyak 8 buah masjid lagi akan diwujudkan food bank ini dalam waktu yang terdekat,” kata Ruslan semasa melancarkan Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera di 14 buah masjid di kawasan tersebut pada Ahad lalu.

Katanya, penubuhan foodbank ini dilakukan secara berperingkat dimana pada fasa 1 sebanyak tiga buah masjid pada 16 Julai lalu, kemudian pada 1 Ogos lalu sebanyak tujuh buah masjid dan kini 14 buah masjid telah mempunyai Food Bank yang beroperasi.

“Tujuan Foodbank ini diwujudkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 atau sesiapa sahaja yang memerlukan boleh datang mengambil tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan turut sama memberi sumbangan barang makanan kering ke masjid yang telah mempunyai Foodbank di dalam kawasan Dun Lumadan ini.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pengerusi masjid serta AJK masjid bersama menjayakan foodbank ini, tidak lupa juga kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada Foodbank ini saya amat menghargainya,” tambahnya.

Turut hadir semasa pelancaran itu ialah pengerusi pembangunan dakwah zon weston Abd Aziz Lazim, pengerusi pembangunan dakwah zon gadong Gafar Jidan serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Foodbank Lumadan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *