HomeUtamaLangkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai - Ismail Sabri

Langkah Mengurung Rakyat Tidak Lagi Sesuai – Ismail Sabri

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kuala Lumpur — Langkah kerajaan untuk terus ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai dalam usaha negara untuk bebas dari pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, langkah itu dikhuatiri boleh mendatangkan lebih banyak implikasi kepada rakyat dan bagi tujuan itu juga, kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

Menurutnya Kerajaan telah mempertimbangkan pembukaan sektor tertentu sebagai salah satu cara untuk memulihkan kembali ekonomi negara. Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksinasi yang tinggi.

Menurut Ismail Sabri lagi  keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurutnya lagi Ketika ini sehingga bulan September 74.7% rakyat dewasa telahpun menerima 2 dos vaksin manakala untuk 1 dos vaksin sebanyak 91.6%  rakyat telahpun menerimanya.

Selain itu sektor-sektor ini dibuka dengan SOP yang ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang telah divaksin lengkap sahaja untuk masuk membuat urusniaga atau mendapatkan perkhidmatan. Manakala pekerja-pekerja di premis-premis berkaitan juga mesti telahpun lengkap dengan 2 dos vaksin  katanya Ketika menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod Sebelas (11) jenis aktiviti ekonomi  yang dibenarkan Kembali beroperasi di dalam fasa 1 ialah Kedai cucu kereta, Kedai elektrik dan elektronik, Kedai barangan rumah dan peralatan dapur, Kedai perabut Kedai peralatan sukan.

Kedai eksesori kereta , Pusat pengedaran dan jualan kereta , Pasar pagi dan pasar tani sahaja , Kedai pakaian, fesyen dan aksesori , Kedai barang kemas dan Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

1 COMMENT

  1. Pelan Pemulihan Negara(PPN) adalah jalan terbaik bagi memastikan peningkatan daya tahan rakyat dan negara sekaligus dapat meningkatkan pendapatan rakyat bagi menampung kos sara hidup yang tinggi serta sejajar dengan pembangunan dan kemajuan negara dari segala aspek seperti sosial,pendidikan,agama,ekonomi dan lain-lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular