HomeUtamaKerajaan Akan Teruskan Dasar Tingkatkan Pendapatan & Kuasa Beli

Kerajaan Akan Teruskan Dasar Tingkatkan Pendapatan & Kuasa Beli

Read Time:1 Minute, 32 Second

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah miskin dalam kalangan B40

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuklah menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan.

“Langkah turut dilakukan dengan menambah baik akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan.

“Selain itu, langkah bagi menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan kewangan; dan meningkatkan perlindungan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada Persidangan Parlimen di Dewan Rakyat disini hari ini.

Ismail Sabri berkata, bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini adalah bersifat jangka pendek.

Katanya, dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat dan apabila lebih banyak lagi negeri beralih ke Fasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara, kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh, dan pendapatan isi rumah bulanan akan bertambah baik.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil kerajaan dan penjelasan berkenaan pendapatan isi rumah kasar bulanan yang menurun sehingga 10.3 peratus.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bentuk bantuan di bawah lapan pakej rangsangan ekonomi bagi meringankan beban individu dan isi rumah.

“Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1 yang keseluruhannya berjumlah RM24.9 bilion. Ini telah membantu 10.9 juta individu dan isi-rumah.

“Moratorium bayaran balik pinjaman kepada lebih 7 juta peminjam; diskaun bil elektrik sebanyak RM3.14 bilion yang memanfaatkan 8.8 juta individu dan isi-rumah,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabi berkata, sebanyak RM300 ribu kepada setiap ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang, bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan yang memanfaatkan lebih kurang 375 ribu penerima.

Katanya, kerajaan turut mengekalkan dan mewujudkan pekerjaan termasuk program Subsidi Upah yang telah membantu kira-kira 300,000 majikan dan mengekalkan lebih daripada 2.7 juta pekerjaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya