HomeUtamaPolis Perkasa Ilmu, Kemahiran Tingkatkan Tahap Profesionalisme

Polis Perkasa Ilmu, Kemahiran Tingkatkan Tahap Profesionalisme

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk memperkasakan ilmu serta kemahiran bagi meningkatkan tahap profesionalisme warganya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, dalam usaha mencapai kecekapan yang terbaik, pihaknya akan melaksanakan latihan yang berterusan di samping mengekalkan semangat kerja berpasukan yang sedia ada.

“Dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme PDRM, ilmu serta kemahiran adalah sangat penting.

“Oleh itu, latihan berterusan perlu dijalankan untuk seluruh warga Polis Sabah supaya kecekapan berada pada tahap yang tertinggi dan terbaik,” katanya.

Selain latihan, beliau turut menekankan empat aspek budaya kerja yang akan diterapkan ke dalam pasukan iaitu integriti yang tinggi, maklumat yang diperolehi, keberkesanan tindakan yang diambil dan aspek penyeliaan kepada pegawai serta anggota bawahan masing-masing. 

Idris bersama isteri, Datin Suraya Zainal yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Sabah ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Datuk Jauteh Dikun.

Idris yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perjawatan di Bukit Aman, kini menerajui pasukan Polis Kontinjen Sabah berkuatkuasa pada 2 September lalu, menggantikan Datuk Hazani Ghazali./Penerangan- 

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular