HomeIsu tempatanPembersihan Sungai Dijangka Kurangkan Masalah Banjir

Pembersihan Sungai Dijangka Kurangkan Masalah Banjir

Read Time:1 Minute, 19 Second

MEMBAKUT : Pembersihan sungai di daerah ini dijangka dapat mengurangkan masalah banjir khususnya di kawasan sawah padi.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan tersebut pihaknya telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada kerajaan negeri.

“Masalah pesawah di Membakut ini ialah banjir, jadi kita akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sungai serta beberapa tempat pengairan sawah.

“Kita telah memohon peruntukan kepada kerajaan negeri dan kini dalam proses pertimbangan kerajaan,” ujar beliau.

Mengenai perkembangan Blok 7 yang tidak dapat dimakmurkan lebih 10 tahun, ujar Arifin, kini lebih 70 ekar telah berjaya dibangunkan hasil bimbingan Jabatan Pertanian Sabah.

“Blok 7 antara blok yang lama terbiar namun hasil bimbingan Jabatan Pertanian dan semangat para petani, lebih 70 ekar telah dapat dibangunkan dengan tiga kali tuaian.

“Demikian juga dengan beberapa blok yang lain, Jabatan Pertanian telah membiayai semua kos subsidi, pembersihan dan lain-lain yang dimanfaatkan oleh para petani sehingga mereka boleh membangun sendiri,” jelasnya.

Tambah Arifin selain Blok 7, Blok 1 yang mendapat bimbingan penuh daripada Jabatan Pertanian Sabah juga telah melahirkan 15 orang petani meraih pensijilan Skim Amalan Baik Malaysia (myGAP), Februari lepas.

Secara keseluruhannya, beliau mendedahkan daerah kecil terbabit mula membangunkan lebih 200 ekar tanah dengan aktiviti pertanian.

Justeru itu, beliau memohon kepada semua jabatan yang terlibat agar terus memberikan bantuan serta khidmat nasihat untuk menangani masalah banjir.

Arifin ditemui media ketika mengadakan pertemuan dengan para pesawah padi di Kg Pimping disini semalam.

Arifin yang diiringi Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun serta Penolong Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki turut menyampaikan sumbangan bantuan baja kepada wakil pesawah Blok 7. /Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya