HomeIsu tempatanJHEAINS Cadang Bina SMAN di Tawau & Sandakan

JHEAINS Cadang Bina SMAN di Tawau & Sandakan

Read Time:1 Minute, 13 Second

PAPAR: Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan terus memperkasa Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dengan memberi lebih perhatian kepada pembangunan kemudahan dan keperluan sekolah-sekolah tersebut.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, susulan dengan keperluan yang mendesak, JHEAINS bercadang akan membina dua buah SMAN iaitu di Tawau dan Sandakan bagi kemudahan pelajar-pelajar di daerah-daerah tersebut tidak perlu lagi pergi ke Kota Kinabalu atau Kunak.

Menjadi harapan beliau sekiranya cadangan dua buah bangunan SMAN berkenaan diwujudkan, ia adalah kemudahan pelajar-pelajar dari Tawau dan Sandakan tidak perlu lagi pergi ke Kota Kinabalu atau Kunak.

“Selain dua buah SMAN yang sudah lama beroperasi seperti SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut dan SMAN Papar, terdapat empat buah bangunan SMAN yang baharu iaitu di daerah Keningau, Beaufort, Kunak dan Tambunan.

“SMAN Beaufort akan dijadikan pusat untuk kemudahan pelajar-pelajar daripada Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut,” katanya kepada media semasa melawat SMAN Papar.

Dalam pada itu, Arifin turut menyatakan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau keperluan-keperluan bukan sahaja sekolah menengah tetapi juga sekolah-sekolah negeri yang sebahagian besar telah diberi perhatian daripada JHEAINS dan MUIS.

“Kita memandang serius dan beri perhatian sepenuhnya perkara ini kerana pendidikan dari sekolah seperti SMAN Papar dan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut telah melahirkan ramai pelajar terbaik dan graduan agama, ini adalah produk negeri Sabah yang mana perlu kita pertahan dan pertingkatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya