HomeUtamaSembilan Sekolah Di Putatan Terima Sumbangan KPMKR

Sembilan Sekolah Di Putatan Terima Sumbangan KPMKR

Read Time:1 Minute, 4 Second

PUTATAN : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah menyalurkan sumbangan kepada sembilan buah sekolah rendah di daerah ini.

Sumbangan berupa Bantuan Sosial Sekolah (BSS) itu merupakan program kemasyarakatan bagi membantu pelajar sekolah rendah yang kurang berkemampuan.

Menterinya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, bantuan yang disalurkan diyakini mampu menyuntik semangat anak-anak untuk kembali  ke sekolah.

“Pada hari ini kementerian saya telah menyerahkan BSS kepada sembilan buah sekolah rendah yang berada di dalam daerah Putatan.

“Program ini merupakan satu program kemasyarakatan dari pihak kementerian.  Melalui bantuan ini, kita menyerahkan bantuan berupa beg sekolah, botol air dan kelengkapan alat tulis untuk pelajar-pelajar terpilih di sekolah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir menyerahkan sumbangan BSS KPMKR Kepada Sekolah Rendah di Daerah Putatan disini hari ini.

Shahelmey berkata, pihaknya juga berharap dengan penyerahan bantuan itu akan dapat meningkatkan lagi motivasi anak-anak selain melegakan keluarga-keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 534 buah sekolah rendah di seluruh Sabah turut akan terlibat menerima BSS berkenaan.

“Agihan bantuan ini akan dilaksanakan bulan ini dan ia akan berterusan.

“Pihak kementerian juga kini dalam usaha pendigitalan perkhidmatan dimana kita memberi peluang unuk permohonan dibuka dan diterima daripada sekolah-sekolah yang ingin memohon bantuan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular