HomeIsu tempatanSumbangan Bakti 132 Individu Diiktiraf

Sumbangan Bakti 132 Individu Diiktiraf

Read Time:53 Second

SANDAKAN: Kerajaan Sabah hari ini mengiktiraf dan menghargai sumbangan bakti 132 individu.

Semua individu tersebut dianugerahkan darjah kebesaran masing-masing oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah.

Hadir menyerikan istiadat di Dewan Masyarakat Sandakan ialah isteri Tun Juhar iaitu Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Dalam istiadat berkenaan, enam daripadanya dianugerahkan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) yang didahului Ketua Bahagian Sungai Sibuga Parti Bersatu Sabah, Sariah Duling.

Diikuti 24 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 43 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 44 penerima Bintang Kinabalu dan 15 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Antara penerima ADK ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum-Gum, Kamal Said.

Sementara, penerima BSK pula antaranya ialah Guru Besar SK St Monica, Nukilis Gampilid, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Faridah Giau dan Pegawai Undang-Undang MPS, Sapiah Aliasa.

Empat warga Jabatan Penerangan Negeri Sabah juga turut dikurniakan BK iaitu Pegawai Penerangan Daerah, Abdul Aziz Abdul Karim bersama-sama tiga Juruaudio Visual (JAV), Umar Yusof dan Roslih Suhaili serta Pembantu Operasi, Masran Aking. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya