COVID-19: Tidak Patuh SOP, Kontak Rapat Sumbang Kes Harian Meningkat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Kes harian terus meningkat sebanyak 467 kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini di seluruh Sabah, 66 kes lebih tinggi daripada semalam.

Daripada jumlah kes hari ini, 257 kes adalah daripada Saringan Kontak Rapat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Saringan Kontak Rapat masih lagi menjadi penyumbang utama kes meningkat, ia menandakan terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Menurut Masidi, terdapat lima daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu Kota Kinabalu (+30) kes, Tuaran (+5) kes, Penampang (+5)kes, Beaufort (+15) kes dan Papar (+11) kes.

Manakala tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

Sementara bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 464 termasuk yang discaj dari hospital/ Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang. Manakala 1,447 pesakit sedang menerima rawatan.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0/RT bagi seluruh negara setakat 30 Disember 2021 ialah 0.95 dan bagi Negeri Sabah, 0.96,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *