ESG : KERAJAAN PERLU BERTINDAK SEGERA DALAM ISU PERUBAHAN IKLIM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:3 Minute, 54 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

BAHAGIAN 1

Pada Ogos 2021, Malaysia telah di kejutkan dengan bencana alam yang mengerunkan, iaitu fenomena kepala air dan banjir, yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah. 

Manakala Pada September 2021, banjir kilat dan tanah runtuh telah berlaku di dua daerah di Sabah – Kota Kinabalu dan Penampang, yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan jalan raya.

Dari rentetan-rentetan yang berlaku di dalam kalender bencana bencana di Asia dan dunia khasnya dan Malaysianya khsusnya Kerajaan perlulah bertindak segera di dalam memastikan kelestarian alam melalui Enviromental Social Governeance ( ESG). 

UNITED NATIONS CLIMATE CHANGE

Pada awal November 2021 yang lepas, perhatian seluruh dunia telah tertumpu ke bandar Glasgow, Scotland untuk persidangan COP26 iaitu – 2021 United Nations Climate Change Conference. Ianya merupakan persidangan ke- 26 yang dianjurkan oleh United Nations untuk menangani isu perubahan iklim dunia ataupun ‘global climate change’.

Selama hampir 30 tahun penganjuran persidangan tersebut, ianya telah dapat menghasilkan beberapa ketetapan dan persetujuan negara-negara terlibat, termasuklah Malaysia, seperti Kyoto Protocol dan Paris Agreement. Sebagai contoh:

  • Kyoto Protocol telah mendapatkan komitmen untuk pengurangan pengeluaran Gas Rumah Hijau/ ‘Greenhouse Gases (GHG)’
  • Paris Agreement bersetuju untuk menghadkan pemanasan global/ ‘global warming’ kepada bawah 2 Celcius berbanding sebelum era perindustrian

COP26 pula telah berjaya mencapai Glasgow Climate Pact, dengan persetujuan dari 197 negara yang terlibat, termasuklah Malaysia, antaranya:

  • mengurangkan penggunaan arang batu
  • menghentikan penebangan hutan/ ‘deforestation’ pada 2030

Namun begitu, ramai pihak kecewa di atas hasil COP26 yang dilihat tidak memadai untuk menangani isu perubahan iklim yang memerlukan komitmen yang lebih tegas serta menyeluruh, terutamanya dari negara-negara maju. Negara G20 menyumbang hampir 80% pelepasan karbon global.

Pada 2015, United Nation 2030 Agenda for Sustainable Development telah diterima-pakai oleh semua negara di bawah United Nations. Bersamanya adalah United Nation Sustainable Development Goals (UNSDGs) yang menggariskan 17 Matlamat, antaranya – menghapus kemiskinan, meningkatkan kesihatan dan pendidikan, mengurangkan ketidaksamaan serta memacu pertumbuhan ekonomi, dan pada masa yang sama menangani perubahan iklim.

Perhatian yang diberikan terhadap COP26 menunjukkan bahawa pelbagai pihak di seluruh dunia semakin menyedari serta menaruh minat berkenaan isu perubahan iklim. Di seluruh dunia, dan juga Malaysia, pelbagai bencana alam telah berlaku seperti – banjir, tanah runtuh, kenaikan suhu, peningkatan paras laut, pencemaran sungai dan jerebu. Bencana alam yang berlaku ini telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia, kerosakan harta benda serta membahayakan kesihatan awam.

AMALAN ENVIRONMENTAL, SOCIAL & GOVERNANCE (ESG) 

Bencana alam yang berlaku membuktikan kepentingan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Amalan serta tingkah laku manusia terhadap alam sekitar boleh memberi kesan negatif jangka panjang, yang mungkin sukar untuk di perbaiki.

Oleh yang demikian, amalan Environmental, Social & Governance (ESG) oleh semua pihak, termasuklah – kerajaan, syarikat dan masyarakat, amatlah penting untuk memastikan kelestarian alam sekitar. Ketidakpatuhan amalan ESG yang mampan boleh memberi kesan ekonomi, politik dan sosial kepada negara dan masyarakat.

8. Pada 1 Julai 2021, Jabatan Negara Amerika Syarikat (United States Department of State) telah mengumumkan Trafficking in Persons (TIP) Report 2021, yang telah menyatakan bahawa Malaysia telah diturunkan taraf dari Tier 2 ke Tier 3, iaitu tier terendah di dalam TIP Report.

Di dalam Tier 3, Malaysia berada bersama negara-negara seperti – Korea Utara, Myanmar, Syria, Iran, Cuba, China.

 Penurunan taraf ini adalah disebabkan Malaysia di nilai tidak memenuhi standard minima untuk membanteras isu pemerdagangan manusia serta tidak membuat tindakan yang signifikan untuk menangani isu tersebut.

Penarafan rendah ini melibatkan banyak laporan serta dakwaan mengenai eksploitasi pekerja asing di dalam sektor perladangan, pembuatan/ perkilangan dan pembinaan di Malaysia, termasuklah isu seperti – perumahan pekerja, gaji setimpal dan masa bekerja.

Oleh kerana dakwaan isu berkenaan, Amerika Syarikat telah mengharamkan import beberapa syarikat Malaysia yang terlibat di dalam sektor perladangan dan pembuatan, iaitu – Top Glove, Sime Darby Plantation dan FGV. Manakala beberapa syarikat lagi turut disiasat oleh Amerika Syarikat, seperti – IOI, Hartalega, Supermax, Smart Glove Corp.

Susulan daripada penurunan taraf ini, Malaysia mungkin berdepan dengan beberapa implikasi, antaranya:

  • kehilangan bantuan/ sokongan (assistance) daripada Kerajaan Amerika Syarikat
  • dikenakan penalti/ larangan/ pengharaman oleh Kerajaan Amerika Syarikat
  • menjejaskan hubungan/ dasar politik Kerajaan Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara

Pada masa yang sama, Kanada juga dilaporkan membuat siasatan di atas dakwaan eksploitasi pekerja asing di dalam sektor perladangan dan pembuatan di Malaysia.

Sejurus selepas TIP Report 2021 di umumkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mendalami isu ini secara menyeluruh.

Penganalisa ekonomi berpendapat bahawa penurunan taraf Malaysia di dalam US TIP Report 2021 akan menyebabkan pihak yang berkaitan seperti – pelabur, rakan niaga dan badan bukan kerajaan (NGO), membuat penelitian yang lebih mendalam serta rapi ke atas amalan Environmental, Social & Governance (ESG) oleh syarikat-syarikat Malaysia.

___________________________________________________________________________________________________

Penulis pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta dan kini merupakan CEO di sebuah syarikat berkaitan teknologi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *