HomeIsu tempatan50 Pelajar Terima Bantuan Komputer Riba

50 Pelajar Terima Bantuan Komputer Riba

Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Seramai 50 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah, menerima komputer riba menerusi program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) di Kinarut dekat sini, pada Rabu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, 50 orang pelajar yang menerima komputer hari ini adalah antara penerima 10 ribu unit komputer riba dengan peruntukkan RM15 juta dalam fasa 1 melalui Program BAIK oleh Kerajaan Negeri.

“Hampir semua komputer tersebut telah diagihkan kepada pelajar tergolong B40 yang dikenalpasti dari seluruh sekolah di negeri Sabah termasuk pelajar sekolah menengah biasa dan sekolah menengah agama yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Setakat ini, sebanyak enam buah sekolah SMAN di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) menerima komputer riba tersebut,” katanya kepada media semasa mengadakan lawatan kerja dan menyampaikan komputer riba ke SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.

Terdahulu, Arifin turut melawat pelajar-pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Jheains.

Arifin berharap bantuan seumpama ini akan diteruskan pada tahun hadapan dalam pembentangan Bajet 2022 Sabah oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada 3 Disember ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya