HomeUtamaSembilan Daerah Dikategorikan 'Stand Alone District', 18 Lagi Dibenarkan Rentas Daerah Mengikut...

Sembilan Daerah Dikategorikan ‘Stand Alone District’, 18 Lagi Dibenarkan Rentas Daerah Mengikut Zon

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak sembilan daerah di Sabah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district) selepas daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi 18 daerah lain akan dibenarkan bergerak mengikut pembahagian daerah dalam zon berkuatkuasa 1 Oktober.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, mulai esok daerah –daerah akan dibahagikan mengikut zon iaitu sebanyak lima zon.

“Bagi Zon 1, ia membabitkan Kota Kinabalu; Penampang; Putatan; Tuaran; Ranau dan Kota Belud manakala bagi Zon 2 ia membabitkan Beaufort; Sipitang dan Kuala Penyu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah Kudat; Kota Marudu; Pitas dan Beluran diletakkan dalam Zon 3 dan Lahad Datu serta Kunak diletakkan di Zon 4.

Katanya, bagi Zon 5 pula melibatkan Keningau, Tambunan dan Tenom.

“Manakala bagi Daerah Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan adalah dikategorikan sebagai daerah masing-masing (stand alone district).

“Ini disebabkan daerah-daerah ini masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” katanya.

PEMBAHAGIAN DAERAH DALAM ZON

Zon 1 – Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

Zon 2 – Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu.

Zon 3 – Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran.

Zon 4 – Lahad Datu dan Kunak.

Zon 5 – Keningau, Tambunan dan Tenom.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya