ADUN Kuala Penyu Laksana Program Bantu Golongan Wanita Berstatus e-Kasih

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sabah akan melaksanakan program membantu golongan wanita berstatus e-Kasih.

Katanya, mereka yang terlibat akan dibantu mencarum dalam program yang dikenali sebagai i-Suri KWSP khususnya golongan wanita di kawasan Kuala Penyu.

“Hari ini saya menerima kunjungan daripada Ketua Seksyen Caruman  dan Kewangan KWSP Sabah Peter @ Awang Damit Mahmud dan mereka telah memberikan taklimat ringkas operasi pejabat KWSP Sabah dan insentif khas kepada golongan wanita.

“Ini termasuklah perlindungan kewangan untuk suri rumah melalui caruman i-Suri KWSP. Sejajar dengan visi untuk membantu warga Kuala Penyu, saya secara prinsipnya bersetuju sepenuhnya terhadap cadangan kolaborasi antara KWSP Sabah bersama saya selaku ADUN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Seksyen Caruman  dan Kewangan KWSP Sabah Peter @ Awang Damit Mahmud di pejabatnya disini hari ini.

Limus yang juga ADUN Kuala Penyu berkata, program itu mensasarkan golongan wanita berstatus e-Kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Katanya, menerusi program itu, pihaknya akan membantu golongan sasar dari segi modal pemula bagi membolehkan mereka mendapat pelbagai insentif yang telah disediakan pihak kerajaan melalui KWSP.

“Menurut rekod di KWSP Sabah, terdapat kira-kira 946 peserta sekitar daerah Kuala Penyu dan Menumbok akan mendapat manfaat jangka panjang untuk program ini.

“Mudah-mudahan program yang sangat baik ini segera dapat dilaksanakan. Saya telah meminta pihak KWSP agar dapat menyegerakan perlaksanaannya,” katanya.

One thought on “ADUN Kuala Penyu Laksana Program Bantu Golongan Wanita Berstatus e-Kasih

  1. Luarbiasa Datuk. Usaha Murni yang perlu dicontohi oleh semua ADUN di Sabah. Manfaat pencarum i-Kasih perlu disampaikan kepada golongan sasar KIR yang berdaftar dengan e-Kaseh. Terima kasih Datuk kerana prihatin dengan nasib golongan B40.
    #sayamustipilih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *