Pengambilan Vaksin COVID-19 Mungkin Diwajibkan – Ismail Sabri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengambilan vaksin Covid-19 mungkin diwajibkan jika masih ramai yang enggan menerimanya.

Ini kerana katanya ia dibimbangi individu yang tidak divaksin boleh menjangkiti orang lain, sedangkan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan semua rakyat di negara ini.

“Setakat ini kita masih belum lagi mewajibkan tetapi saya percaya satu hari nanti kalau masih ramai yang enggan menerima vaksin mungkin kita akan tetapkan perkara itu sebagai wajib.

“Kita tidak mahu perkara itu (tidak mengambil vaksin) kerana mereka yang degil tidak mahu mengambil vaksin boleh menyebabkan masalah kepada orang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Ismail Sabri berkata, pengambilan vaksin penting dalam mencegah penularan Covid-19 seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak berbahaya itu sekali gus memastikan keselamatan seluruh rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam usaha mengatasi kesesakan di pusat pemberian vaksin khususnya melibatkan warga asing, pihak kilang perlu menjadikan kawasan mereka sebagai tempat pemberian vaksin.

Selain itu katanya, bagi menghindarkan penularan wabak Covid-19 semasa mendapatkan vaksin beliau meminta pemberian vaksin secara pandu lalu diperbanyakkan di seluruh negara.

Katanya, melalui langkah itu juga, majikan di kilang terbabit boleh mempercepatkan proses vaksinasi pekerja mereka dengan membeli sendiri vaksin Covid-19.

“Kita kata mana-mana kilang lebih 80 peratus pekerja sudah dapat dua dos vaksin mereka boleh buka kilang, saya percaya harga vaksin tidak begitu mahal berbanding kerugian kalau terus tutup kilang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Pengambilan Vaksin COVID-19 Mungkin Diwajibkan – Ismail Sabri

  1. Bagai mana pula bagi mereka yang mempunyai allahan ubat-ubatan, ada kah mereka juga di paksa untuk mengambil vaccine, jika ya, ada kah kerajaan bertanggung jawab terhadap Nyawa mereka, boleh kah kerajaan hidupkan mereka kembali jika mereka meninggal? Ingat Tiada menusia yang mati, hidup kembali walaupun di bayar berjuta-juta ringgit

    Atau ada kah, kerajaan/kkm hanya membuat alasan, bahawa mereka meninggal kerana masalah jantung..

    Harap kerajaan menghargai nyawa mereka yang mempunyai masalah seperti ini, kerana mereka juga rakyat yang telah mengundi kamu

    Bagai mana pula kerajaan begitu kejam, kepada pelajar2 tinggi yang tidak mengambil vaccine kerana masalah yang Sama

    Kerajaan sepatutnya, membimbing pelajar2 untuk maju ke hadapan, bukan membunuh cita2 Dan masa depan mereka

    Tidak di vaccine, tidak dibanarkan masuk university Dan banyak lagi, ini kah cara kerajan membelas budi kepada ibubapa pelajar2 tersebut, kerana menjadi penyokong kerajan berpuluh tahun..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *