HomeUtamaPembangkang Politikkan Isu COVID-19 Di Sabah

Pembangkang Politikkan Isu COVID-19 Di Sabah

Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya hari ini menempelak tohmahan daripada pihak pembangkang berhubung isu dakwaan kerajaan lemah dalam menangani kes Covid-19 di Sabah.

Beliau berkata, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon, baru-baru ini, adalah diibaratkan sebagai bermain sentimen politik semata, tanpa mengambil kira fakta sebenar.

“Kenyataan media itu adalah lebih bersifat bermain sentimen politik tanpa kesudahan dalam negeri dan negara mengharungi pandemik Covid-19.

” Kerajaan Negeri sedang dan terus berusaha dengan gigih bersama JKNS dan KKM dalam usaha memberi perkhidmatan yg baik untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat,”katanya.

Shahelmey berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini bagi menjawab dakwaan Shafie dan Frankie, serta beberapa lagi wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan komitmen kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menangani pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan media Presiden Warisan itu, Shafie mendakwa kerajaan perlu bertanggungjawab atas peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini, manakala Frankie (bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah) pula menyalahkan kerajaan atas pelaksanaan dasar serta kelemahan yang berlaku.

Sementara itu, Shahelmey dalam pada itu berkata, Kerajaan Negeri yakin bahawa menjelang awal September ini, jumlah penerima dos pertama bg penduduk Sabah yang layak menerima vaksin akan mencapai 60 peratus dengan bererti sebelum hujung September, penerima dos kedua penduduk Sabah akan melebihi 60 peratus.

“Kerajaan Negeri juga yakin bahawa dengan adanya tambahan vaksin CanSino untuk negeri Sabah, maka sasaran untuk mencapai lebih 80 peratus penduduk dewasa Sabah lengkap menerima vaksin boleh dicapai sebelum penghujung Oktober ini.

” Begitu juga kadar pengunaan katil di hospital-hospital adalah mencukupi walau pada kadar yg tinggi namun perancangan untuk mengatasinya telah disediakan oleh pihak JKNS dan KKM.

” Malah, begitu juga dengan penggunaan ventilator yang masih dalam keadaan mencukupi,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, berhubung kes harian Covid-19 negeri yang masih tinggi, Shahelmey menyeru dan menasihatkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menjadi rakyat yg bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan oleh kerajaan.

“Ini kerana, hasil dari saringan-saringan yang telah dibuat membuktikan bahawa virus Covid-19 ini memang sudah berada di dalam komuniti kita.

” Maka untuk mengawal kadar jangkitan semasa, sebaiknya, laksanakanlah disiplin diri dgn tidak keluar rumah tanpa sebab munasabah sementara kita sedang gigih berusaha mencapai imunisasi kelompok,” katanya.

Sehubungan itu, Shahelmey meminta semua pihak termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang untuk turut memainkan peranan dalam usaha program imunisasi kebangsaan bagi memberi vaksin kepada rakyat di negeri ini.

” Berehatlah seketika dari asyik menuding jari, kerana semasa Warisan dan sekutunya menjadi kerajaan negeri, situasi jangkitan Covid-19 pada tahun lalu adalah berlainan dari yang dihadapi sekarang.

” Justeru itu, adalah lebih baik untuk mereka bersama-sama memberi kerjasama dan cadangan yang menambahbaik untuk kebaikan rakyat di negeri ini dan bukannya bermain sentimen politik bagi meraih populariti sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, dalam menjawab tuduhan isu ketiadaan vaksin, Shahelmey berkata, berdasarkan sambutan positif rakyat negeri ini untuk menerima vaksin, maka kadar pemberian vaksin telah ditingkatkan ke tahap optima lebih 50,000 dos sehari.

” Dengan berdepan situasi bekalan vaksin yang agak terhad buat seketika, kita masih dapat memberi vaksin sebanyak 53,655 dos pada semalam (Jumaat),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah Antara 5 Negeri Terima Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular