Lebih 90 Etnik Di Sabah Bakal Dihimpunkan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lebih 90 etnik di Sabah akan dihimpunkan untuk diketengahkan pada Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan antara pembaharuan dalam sambutan tahun ini selain beberapa acara lain akan turut dilaksanakan.

“Buat julung kalinya, kerajaan negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS)  mengilhamkan satu acara sambutan hari etnik yang melibatkan lebih 90 persatuan etnik di Sabah.

“Selain itu beberapa acara lain akan turut dilaksanakan antaranya Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran diikuti Majlis Santapan Negeri serta Majlis Bacaan Doa Selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.

Hadir sama , Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dan Pengurus Besar LKNS, Mackey Apison.

Dr Joachim berkata, sambutan hari etnik itu bertujuan agar semua etnik di Sabah masih dapat mengenali atau memahami pertuturan dalam bahasa masing-masing.

Katanya, sambutan secara hibrid itu dijangka akan diadakan pada 23 Oktober depan dengan penyampaian dua anugerah iaitu Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah dan Anugerah Utama Tokoh Penggiat Bahasa Sabah 2021.

“Anugerah Penggiat Bahasa Etnik Sabah terbahagi kepada dua kategori yang merangkumi Anugerah Penggiat Bahasa (Persatuan) dan Anugerah Guru Bahasa (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah),”katanya. – PENERANGAN

2 thoughts on “Lebih 90 Etnik Di Sabah Bakal Dihimpunkan Sempena Sambutan Hari Jadi TYT

  1. Saya menyokong tetapi kalau dapat pilih org individu yang terlibat secara sukarela di media sosial bagi mempromosikan sejarah bangsa dan juga suku etnik mereka bergiat secara sukarela tetapi jika diberi suntikan bagi penerimaan anugerah untuk mereka akan bersemangat mencari sejarah2 lama yg tersembunyi melalui suku etnik, saya percaya mereka akan lebih bersemangat untuk membantu mencari rujukan dan info2 sejarah lama khususnya di ngeri sabah kita ini. Sekian Dan Terima kasih dari saya Mohd Zainoor Bin Murni@Andie, nama Fb Rai Zainoor

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *