HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Rekod Kes Positif Bawah 4 Angka

COVID-19 : Sabah Rekod Kes Positif Bawah 4 Angka

Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Sabah kembali mencatat penurunan kes COVID-19 di bawah empat angka hari ini selepas merekodkan peningkatan lebih 1,000 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan kes yang agak besar itu merupakan satu jumlah terendah sejak 27 Julai lalu.

“Kumulatif harian negeri Sabah yang dicatatkan pada hari ini ialah sebanyak 751 kes dengan jumlah penurunan sebanyak 327 kes berbanding semalam. Perubahan angka jangkitan yang direkodkan di setiap daerah masih tidak statik.

“Walau bagaimanapun, trend penurunan angka jangkitan hari ini adalah selari dengan jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu sebanyak 18 daerah, dengan cuma enam daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal mencatatkan jumlah kes sebagaimana angka semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kawasan bandar-bandar utama juga menunjukkan trend rekod yang baik di mana semua bandar utama merekodkan penurunan kes kecuali Kota Kinabalu dengan catatan 140 (+17) dan juga Semporna 12 (+1) kes.

Katanya, antara enam daerah yang merekodkan peningkatan kes pada hari ini, hanya Kinabatangan yang menunjukkan peningkatan signifikan iaitu 67 (+51) kes.

“Peningkatan yang agak tinggi ini adalah disebabkan oleh penambahan 46 kes baharu di dua kluster sedia ada di Daerah tersebut.

“Antara 18 daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Lahad Datu 50 (-81) kes, Ranau 17 (-52) kes, Keningau 51 (-51) kes, Kota Marudu 27 (-34) kes, Penampang 36 (-28) kes, Nabawan 14 (-25) kes, Sandakan 60 (-21) kes, Pitas 19 (-20), Kudat 7 (-15) kes, Putatan 21 (-13) kes, Tawau 29 (-12) kes, Tongod 2 (-12) kes, Tuaran 46 (-11) kes dan Tambunan 2 (-10) kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, daripada 751 kes yang didaftar hari ini, 302 kes atau 40.21 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 30 kes atau 3.99 peratus adalah lewat daftar empat  hingga lima hari dan sembilan kes atau 1.20 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan saringan diketahui.

Katanya, kes-kes hari ini juga melibatkan 20 OKT/Banduan dan tujuh orang pekerja pelantar minyak offshore.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 366 kes atau 48.7 peratus, Saringan Bergejala 232 kes atau 30.9 peratus, 46 kes atau 6.1 peratus daripada Saringan Kluster, satu kes atau 0.1 peratus dari Saringan Bersasar dan 106 kes atau 14.1 peratus melalui Saringan Lain-lain.

“Kes-kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes-kes  jangkitan sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP dan penjagaan kesihatan diri.

“Hari ini 30.9 peratus kes di Sabah adalah daripada kategori saringan bergejala. Pematuhan SOP adalah kunci utama penjagaan diri untuk mengelak daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya.

Katanya, daripada 751 kes yang berdaftar hari ini, 254 kes atau 33.82 peratus adalah pesakit dalam Kategori 1, 454 kes atau 60.45 peratus dalam Kategori 2, lima kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan empat kes dalam Kategori 5.

“27 kes masih dalam siasatan. 84.69 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya