SESB Jelaskan Kenapa Bil Elektrik Tinggi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengambil maklum berkaitan isu kenaikan bil elektrik melipat ganda yang dialami oleh pengguna pada masa kini, iaitu disebabkan oleh pelarasan yang telah dibuat dan dicatatkan dalam bil bulan Ogos 2021 bagi penggunaan elektrik sebenar bulan Julai dan Ogos.

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021, konfigurasi terhadap sistem pembilan.

SESB telah dibuat sepanjang bulan Julai untuk merekod masuk diskaun bil elektrik di bawah pakej PEMULIH dan berikutan itu, tiada pembacaan di premis pengguna serta penyerahan bil secara fizikal dibuat kepada pengguna pada bulan Julai.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata, jumlah yang tertera di dalam bil yang diterima oleh pengguna pada Ogos adalah kiraan bil untuk dua bulan iaitu Julai dan Ogos.

Beliau turut menjelaskan bahawa pembayaran yang telah dibuat oleh pengguna sebelum ini akan memakan masa untuk dikemaskini di dalam sistem.

“Terdapat kes tertentu yang mana amaun semasa di dalam bil tidak menunjukkan penolakan bayaran yang telah dibuat, namun begitu pengguna tidak perlu bimbang kerana pembayaran yang sah dijamin akan dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Selain itu, menurut beliau terdapat juga kes dimana pengguna mempunyai tunggakan bil yang menjadikan amaun pada bil Ogos bertambah tinggi.

Dalam pada itu, pengguna yang masih ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai bil elektrik mereka boleh berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di pejabat SESB yang berdekatan.

Pengguna yang mempunyai pertanyaan mengenai pemberian diskaun bil elektrik boleh juga menghubungi bilik gerakan SESB melalui talian 088-222313, 223313 dan 224313 pada waktu pejabat iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Selain itu pengguna turut boleh mengajukan pertanyaan melalui e-mel [email protected]

One thought on “SESB Jelaskan Kenapa Bil Elektrik Tinggi

  1. I would like to clarify as to why my electricity bill starting from June to August 2021 as at now compared previous months its much higher.

    Obviously, my past bills all the while is wirhin the range of 100 plus to 200 plus and hatdly reached 300 plus. My june bill came out 900 plus which i have raised the issue and month of july 700 plus and again i taised this issue. For small family like us and most of us are out for working and how we can utilize souch current or electricity power .

    I hope i can receive the previous low bill as i did not apply extra electrical appliance.

    Thank u

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *