Menjadi Kontak Rapat, PM Tidak dapat Hadiri Majlis Angkat Sumpah Petang ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

Cyberjaya — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat menghadiri acara angkat sumpah jawatan barisan jemaah menterinya hari ini.

Ini kerana Ismail perlu menjalani kuarantin kendiri mulai hari ini setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada petang ini.

Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya kata kenyataan itu lagi .

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *