HomeUtamaHajiji Ucap Takziah Kepada Keluarga Tun Sakaran Dandai

Hajiji Ucap Takziah Kepada Keluarga Tun Sakaran Dandai

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia di sini, pada Isnin.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun, bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah atas pemergian suami beliau.

“Jasa Tun kepada Sabah amat besar. Moga roh dicucuri rahmat.

“Tun Sakaran adalah seorang tokoh yang sangat berjasa khususnya bagi Negeri Sabah. Jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Sakaran sama ada dalam politik, pentadbiran dan agama amat besar nilai dan maknanya untuk negeri dan negara,” katanya.

Sebelum ini, Tun Sakaran pernah memegang jawatan bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Beliau juga adalah Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama dan pernah dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H Peringkat Kebangsaan.

Hajiji turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Tun Sakaran adalah pemimpin politik yang berpengaruh di negeri ini. Semoga seluruh keluarga besarnya sabar menghadapi dugaan ini.

“Mari bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama hamba yang dikasihi Allah SWT,” katanya.

Tun Sakaran pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna sejak 1967 sehingga tahun 1994 dan Ahli Parlimen Semporna sejak 1974 sehingga tahun 1990.

RELATED ARTICLES
Utama

AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular