HomeUtamaHajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengasas Puisi Esei dan Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

Denny JA merupakan pengasas Lembaga Survei Indonesia dan perunding politik Indonesia.

Beliau terkenal menulis puisi esei melalui bukunya ‘Atas Nama Cinta’ kini sudah menerbitkan lebih dari 100 buku puisi di Indonesia dan Asia Tenggara berdasarkan genre baru puisi esei.

Mengiringi Denny JA ialah Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jasni Matlani yang juga Presiden Badan Bahasa Sabah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Aminah Awang Besar.

Menurut Denny JA, kunjungan hormat itu adalah bagi mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri kerana membantu melaksanakan program Festival Puisi Esei sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga mengundang Ketua Menteri untuk melancarkan perasmian Festival Puisi Esei di Kota Kinabalu pada 7 Jun 2024,” kata Jasni.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) diketuai oleh Presidennya, Prof Dr. Arsiah Bahron.

Beliau diberi taklimat program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh persatuan itu. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular