HomeUtamaWarga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sandakan

Warga emas rentung dalam kebakaran rumah di Sandakan

Read Time:46 Second

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur Jalan Ulu Dusun Batu 28 di sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba Sandakan, Severinus Sainkui berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 12.41 tengah malam tadi, sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi (KO) Saidha Yulius dari Balai Bomba Sandakan bergegas ke lokasi kejadian.

“KO melaporkan terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan juga turut menemukan seorang mangsa berdekatan dengan pintu telah rentung terlibat dalam kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Severinus, difahamkan ketika kejadian terdapat empat orang mangsa berada dalam rumah tersebut selain warga emas berkenaan, seorang anak perempuannya, dua orang cucu lelaki dan perempuan, bagaimanapun ketiga-tiga mangsa dilaporkan sempat menyelamatkan diri.

“Mayat mangsa wanita warga emas tersebut dikenali sebagai Bojan Damik berusia 84 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular