Bajet 2022 : KPLB Tumpu Program Naik Taraf Sosio Ekonomi & Infrastuktur Asas

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) akan menumpukan kepada program-program menaik taraf sosio ekonomi dan infrastruktur asas.

Selain itu, kerajaan juga akan memperkasa peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berikutan itu, sebanyak RM210.66 juta diperuntukkan kepada KPLB pada tahun 2022.

“KPLB akan terus giat melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan dengan memberi keutamaan kepada golongan miskin tegar.

“Selain itu, KPLB juga akan mengenal pasti golongan usahawan untuk dilatih melalui Program Pembangunan Usahawan Desa dan Program Satu Daerah Satu Produk dan penggunaan teknologi terkini supaya golongan ini tidak ketinggalan oleh arus perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji berkata, kemudahan asas di luar bandar akan terus diberikan perhatian dimana KPLB akan terus melaksanakan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA) dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA).

Katanya, bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan Negeri mengambil Inisiatif untuk menambah jumlah agihan rumah pada tahun hadapan di bawah Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS).

One thought on “Bajet 2022 : KPLB Tumpu Program Naik Taraf Sosio Ekonomi & Infrastuktur Asas

  1. Salam Sabah Maju Jaya.
    Trbaik pmbntangn blanjawan tuk negeri Sabah. Smoga kerajaan negeri Sabah dpt mmpertingjatkn kmajuan asas trutama d kawasan luar bandar yg masih lgi jauh ketinggan. Keperluan asas sprti jln2 konkrik rumah k rumah, bina baru jln prtanian, tiang2 dn bkln letrik tuk rumah yg bru d bina. Bekalan air terawat, Jmbtn kayu k jmbtn konkrik, talian internet yg masih sngt kurang capaian d kmpung2 kmi, balai muhibba yg prlu d naik taraf, padang prmain prlu d naik taraf. Klinik Desa perlu d upgred tuk jln dn bangunan. Pmbaikian tbing jln kliling kampung, tebing sungai yg sdh bnyk runtuh, ini sngt kmi prlukan sbb kawasan kg kmi ini adalh golongn petani yg masih aktif menanam padi, sistem prparitan, tepian sawah kmi minta d prhatiankn. Pmbahagian rumah tuk rakyat trmiskin. Dn prhatian tuk golongn wargaemas OKU, golongn mudah miskin yg sd hilang punca pbdapatan. Kmi mohon kerajaan negeri Sabah dpt mengambil prhatian brhubung dgn smua prmohonn yg sdh kmi hntr agar mndapt maklum balas positif tuk tahun 2022. Kerajaan. GRS masih baru tp sngt mntap biar pn brada dlm situasi yg sngt mncabr mnghadapi pndemik C-19 puji syukur.
    Salam Sabah Maju Jaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *