HomeUtamaBajet 2022 : Kerajaan Fokus Kesejahteraan Rakyat & Santuni Golongan Memerlukan

Bajet 2022 : Kerajaan Fokus Kesejahteraan Rakyat & Santuni Golongan Memerlukan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Sejumlah RM134.12 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) pada Belanjawan Sabah 2022.

Peruntukan perbelanjaan itu adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyantuni golongan yang memerlukan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, institusi keluarga adalah tonggak kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

“Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menekankan agenda untuk membangun dan memantapkan institusi keluarga menerusi pelaksanaan Program Kekeluargaan dan Program Kepenggunaan dengan peruntukan sebanyak RM1.08 juta.

“Program Pencegahan Dadah bersama PEMADAM akan diteruskan dengan peruntukan RM550 ribu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am turut memperuntukkan sebanyak RM105.11 juta di bawah perbelanjaan perbekalan dan pembangunan pada tahun 2022.

Katanya, peruntukan ini termasuk RM60 juta bagi pemberian bantuan kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

“Di samping itu, usaha akan diteruskan untuk meningkatkan kemudahan kepada OKU seperti pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) Sandakan dan bangunan TDKKU Mini di Daerah Kecil Sook dengan siling peruntukan di bawah RMKe-12 sebanyak RM58.19 juta.

“Pada masa yang sama, Yayasan Kebajikan Sabah telah mula beroperasi untuk membantu meningkatkan sistem penyampaian agenda kebajikan yang dihasratkan oleh Kerajaan melalui kerjasama dan sumbangan sektor korporat, NGO dan orang persendirian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya