HomeUtamaCOVID-19: Varian Omicron Mampu Merebak Cepat, Terus Patuhi SOP & Lengkap Vaksin

COVID-19: Varian Omicron Mampu Merebak Cepat, Terus Patuhi SOP & Lengkap Vaksin

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan pagi tadi, varian baru Omicron sudah dikesan di negara ini. Belum banyak yang diketahui mengenai Varian Covid ini yang dikatakan mampu merebak dalam kadar yang lebih cepat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, semua rakyat digesa mengambil perhatian perkembangan terbaru ini secara serius dan mengambil langkah-langkah melindungi diri daripada terdedah kepada jangkitan.

“Patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pastikan perolehi vaksin yang lengkap,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Masid, jumlah kes baharu COVID-19 bagi Negeri Sabah hari ini ialah 374 kes, penurunan 53 kes berbanding jumlah semalam.

Kota Kinabalu kekal sebagai daerah yang mencatatkan kes tertinggi dengan 61 kes dan diikuti Tuaran dengan 60 kes. Tidak banyak perubahan di daerah-daerah lain kecuali Penampang yang mencatatkan penurunan 46 kes dan Kota Kinabalu turun 17 kes berbanding jumlah semalam.

Katanya, seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak 189 kes daripada Saringan Kontak Rapat.

Manakala daripada 374 kes di Sabah hari ini, 97% adalah dalam Kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC ) sahaja. Sebanyak empat pesakit dalam Kategori 3, seorang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Kategori 5. Enam pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya